Sunday, February 12, 2012

Terungkai sudah

120212

Sungguh aku tertipu dgn hati sendiri, terpedaya dengan alasan " malaikat" seorang lelaki. Jika 12 tahun lalu kau memberi alasan bahawa hatimu sudah terisi, mungkin aku tidak akan mengharap....bagaikan mengharap hujan di gurun sahara. Mungkin jua pada saat itu aku bisa memujuk hati untuk melangkah pergi tanpa perlu menoleh kebelakang lagi.

Tetapi si malaikat yang ku puja- puja ini, menggunakan alasan tanggung jawab berat yang dipikulnya, bercerita mengenai perjalanan panjangnya yang masih kabur destinasinya. Aduhai hati, kasihan padamu, tertipu! Kasih dan cinta padanya sia-sia, percuma! Pada setiap ketika kau berdoa pada Tuhan, agar diringankan bebannya, supaya dia terasa senang dan mampu memusing bahunya yang berat itu untuk merasai kehangatan cintamu. Sedangkan...

Hakikatnya, dia mengejar wanita lain, menanti serikandi cintanya, gadis yang memberi harapan kabur padanya. 12 tahun episod kejar-mengejar ini berlaku tanpa kau sedari sehingga kadangkala kau lelah, namun kerana yakin bahawa tanggung jawabnya itu menghalang cintamu dan dia untuk bersatu, kau bangkit semula. Menghantar cahayamu tanpa jemu, tanpa diketahuinya dengan ikhlas, dengan penuh kasih sayang.

Kalaulah, ku tahu dari awal bahawa itu semua hanyalah alasan untuk melindungi kelemahan, pastinya aku tidak sekuat ini, hatiku tidak sekebal ini kerana mengirim cahaya dari jauh, mengirim doa yang tidak pernah putus bukanlah satu tugas ringan, bukan sesuatu yang suka-suka.

Wahai si malaikat, apalah salahnya jika dari dulu kau mengaku bahawa hatimu telah dimiliki, kau hanya menghitung hari untuk si perawan pujaan menyambut cintamu, pastinya hatiku tidak parah. Pastinya hatiku sudah lepas bebas dari dulu.

Benar, kau tidak mempermainkan hatiku, kau tidak minta aku menunggumu tetapi mengertikah dikau, kasih sayang ini lahir dari hati yang tulus mencintaimu. Yang mahu melihat kau bahagia dan tidak susah. Aku benar - benar percaya setiap kata-katamu, percaya bahawa kau memikul bebanan yang teramat berat, pundakmu bagaikan mahu roboh memikul tanggung jawab yang diamanahkan sehingga tidak mampu memikir tentang cinta. Dan sebagai seoang gadis naif, aku sedia menanti selama 12 tahun tanpa jemu, tanpa putus asa, berdoa ke hadrat Ilahi agar bebanan yang kau pikul itu ringan dan kau jua akhirnya mencapai nikmat cinta. Sedangkan....

Kau sedang menikmatinya sekarang. Mengecap kemanisan cinta dari pujaan hatimu dan aku pula terduduk malu, tertipu. Kalaulah...

Kalaulah dari dulu kau tidak berselindung dan menggunakan alasan-alasan malaikat, pastinya aku juga sepertimu, sedang menikmati musim-musim bunga yang indah bersama pasanganku, yang benar-benar mencintaiku tanpa alasan.

Pastinya sudah lama ku buka hatiku untuk arjuna lain, panglima hatiku. Yang akan berjuang dengan nama Tuhan untuk mencintaiku kerana-Nya. Tidakkah kau malu wahai lelaki bertopeng malaikat?

Menggunakan amanah Tuhan sebagai alasan untuk menolak cinta seorang gadis naif?

Wahai lelaki bertopengkan malaikat, benar, gadis ini naif tetapi dia dikurniakan Tuhannya dengan akal dan fkiran yang bijak dan waras, apa perlunya dia mengharap hati seorang lelaki yang sudah terisi?

Apa perlunya untuk gadis ini berperang dengan wanita lain untuk menjuarai hati seorang lelaki? Oh lelaki bertopengkan malaikat, kau kalah besar kali ini. Wanita yang kau puja memberi harapan kabur padamu, sedangkan gadis naif yang mencintaimu sepenuh hati selama ini sedang memandang kau sebagai pengecut!!

Apa guna bernama perwira jika takut berkata benar? Apatah pula, lawanmu ini hanyalah seorang gadis kampung yang naif, terpikat hatinya, di saat terlihat kau sedang khusyuk berbicara dengan Tuhan, tanpa dia tahu apa nama mu, apa pangkat dan gelaranmu. Seikhlas hati dia mencintaimu, tetapi kau pengecut! Katakan benar walaupun pahit! Tetapi kau memilih untuk menutur kata-kata bohong yang kedengaran suci, berselindung di sebalik wajah seorang malaikat. Aduhai..kasihan aku melihat kamu, semoga pada suatu hari nanti kau memiliki hati seorang panglima yang sejati untuk membuat keputusan mengenai gadis pujaanmu yang memberi harapan kabur itu.

Gadis kampung yang naif ini dengan berani walaupun dia bukanlah seorang serikandi, mengundur diri. Bukan aku untuk berselindung di sebalik kebenaran. Yang benar, aku lafazkan, seperti mana yang pernah aku nyatakan padamu bahawa aku amat mencintaimui. Dan yang batil, tetap ku katakan batil. Biarlah dikata apa sahaja, yang pasti, aku tidak suka meminjam watak malaikat demi untuk mempertontonkan kepada dunia betapa hebatnya diriku seperti mana yang kau lakukan. You're loser! Shame on you! You lost big time! Sedeyhhh!!!

Monday, December 12, 2011

Bicara syukur

Hari nie dapat surat pelarasan gaji dan back dated increament. Alhamdulillah. Walaupun tak banyak seperti rakan-rakan lain, tetapi sebagai seorang yang pernah merasai kesusahan hidup, mendaki satu persatu tanggan kerjaya, pengertian khabar gembira ini adalah sangat bernilai berbanding amaunnya.

Sejak mula bekerja sebagai wartawan dgn kontrak piecemeal di RTM bermula April 2005, diberi gaji hari RM70 sehari tanpa potngan KWSP selama setahun, kemudian dinaikkan kepada kontrak AB dengan gaji RM80 sehari, Teja tidak pernah bermimpi untuk merasa durian runtuh. Syukur, jika masih menerima gaji setiap bulan untuk membayar sewa bilik dan ansuran kereta, dan paling penting tidak menyusahkan mak dan ayah. Itu yang paling utama. Berhenti kerja di RTM pada November 2007, dan kemudiannya bekerja sales executive di Leaders Holiday dan Bernama TV, apalah yang diharap pada syarikat-syarikat yang terumbang-ambing.

Betapa aku bersyukur, pilihan Tuhan Yang Maha Arif, lewat istikharah yang lalu, sebelum aku membuat keputusan menerima tawaran Utusan Malaysia sedikit demi sedikit menampakkan hasil. Berkat kepercayaan penuh pada pilihan-Nya, inilah yang kurasai. Walaupun perjalanan kurang dua tahun ini bukan mudah, bukan setitis air mata jatuh, bukan sedikit senyuman palsu menyembunyikan kesedihan dilemparkan sepanjang tempoh itu. Malah aku percaya, air mata ini tetap akan gugur, senyuman palsu tetap akan terukir di hari-hari mendatang. Tetapi biarlah! Apalah ertinya hidup jika tiada dugaan. Apalah ertinya kegembiraan jika tidak pernah merasa sedih. Bagaimana mahu bangkit melawan, jika tidak pernah jatuh tersungkur? Doaku hanyalah satu, biar apa pun mehnah menerjang, biarlah kepercayaan ku pada Ilahi tetap bulat!

Akhir-akhir ini panggilan Kaabah bagaikan terlalu kuat. Bagaikan sepasang kekasih yang sudah lama tidak berjumpa. Setiap masa aku berdoa, agar dijemput Allah sebagai tetamu-Nya, untuk aku si pendosa ini melepaskan rindu pada kekasih-Nya. Benar, Allah itu di hati, Allah itu di dalam diri, lebih dekat dari urat merih sendiri, tetapi hati ini meronta-meronta untuk menjejaki Tanah Suci itu. Ingin sekali menikmati udara dari tanah kelahiran anbia'. Untuk melihat mengelilingi Baitullah, bersolat di sekitarnya, berzikir dan bertahmid untuk-Nya.

Aku tahu, aku ini pendosa tidak layak untuk syurga-Nya, tetapi aku juga punya hati, untuk mencintai si Maha Pencinta. Ya Allah, jadikan aku hambamu yang sentiasa beristiqamah di dalam ibadat dan petbuatan baik. Jemputlah aku sebagai tetamu-Mu. Amin

Insya-Allah, aku sedang berusaha mengumpul duit, membersihkan harta, menguruskan hutang supaya aku menjadi pilihan-Nya untuk menjadi tetamu Allah. Insya Allah, aku mahu berpuasa di Mekah, satu hari nanti, sambil menyempurnakan impian bonda yang menjejakkan kaki ke sana sekali lagi, tetapi kali ini pada Ramadhan Al-Mubarak.

Ya Allah, makbulkan permintaan ku ini. Aku mahu bersolat, mengabdikan diri di tanah suci mu, mahu mencium batu syurga itu dan menyempurnakan setiap rukun ibadat. Ya Allah, mohon diperkenankan doaku ini, wahai Tuhan yang maha memakbulkan permintaan dan tidak pernah memungkiri janji. Amin.....

Monday, August 15, 2011

Ogos 16, 2001

Kurang tiga jam Teja akan memasuki club 30...huhuhu..pada tarikh 16 Ogos 1981, lahirlah anak sulung perempuan pasangan Hajah Ropiah Mat Nor dan En. Abd. Rahman di Hospital Besar Kuala Lumpur. Mak mengalami komplikasi akibat darah tinggi sebab itu Teja dilahirkan di HBKL (Hospital Bersalin Kuala Lumpur ketika itu). Banyak peristiwanya masa tu, mak dan ayah datang dari kampung, tiada saudara mara untuk menumpang, jadi ayah terpaksa bermalam di pangkin luar hospital sementara menanti emak. Emak pula selepas melahirkan aku, pengsan tidak sedarkan diri. Ya Allah, besar jasa mereka padaku, tidak terbalas olehku walaupun aku mampu menghadiahkan dunia dan seisinya kepada mereka.

Dibesarkan dengan penuh kasih sayang walaupun menjalani kehidupan yang biasa-biasa, kami tetap gembira, dilengkapi pula dengan dua adik lelaki. Kehidupan kami sempurna. Hmmm...sudah 3o tahun peristiwa itu berlalu bermakna sudah 30 tahun juga aku berkelana di dunia yang fana ini, meminjam umur daripada Tuhan, menghirup udara percuma dan sentiasa berjanji untuk berbakti di jalan-Nya dan acapkali itu juga janji tadi dimungkiri.

30 tahun, bukanlah satu waktu yang pendek. suka duka, kepayahan, pengorbanan sejak kecil sehingga sekarang menjadikan aku sepertinya ini. Luaran yang nampak keras bagaikan karang di lautan tetapi memiliki hati sangat lembut dan mudah terguris. Segala kepahitan itu ku tanggung sendiri. Bukan menghadapi kehidupan, apatah lagi jika menyandang gelaran anak sulung, segala tanggung jawab terbeban di pundak ini. Maruah dan nama baik keluarga wajib dipertahankan, apatah lagi anasir-anasir itu datang dari sekeliling juga.

Kadang kala aku penat, kadang kala aku juga meminta pada Yang Maha Pemberi, berilah aku satu lagi bahu untuk ku bersandar, untuk kongsikan bersama segala beban dan masalah ini, untuk aku jadikan penenang di saat hatiku berkeluh-kesah, di saat tubuhku tak daya lagi menahan ujian-Nya. Namun, DIA lagi Mengetahui. Masa ku belum tiba. Mungkin DIA tahu, bahawa aku masih belum cukup kuat untuk mencintai manusia lain tanpa mengurangkan walaupun setitik kasihku pada-Nya. Biarlah, aku redha kerana DIA Yang Maha Arif.

Dalam meniti ranjau kehidupan, aku masih bersyukur kerana mempunyai keluarga yang sangat penyayang dan memahami. Tanpa mereka, mungkin aku tidak berada di sini. Mungkin aku sudah hanyut dengan kehidupan dunia yang kotor. Sesungguhnya, aku bersyukur dengan anugerah ini.

Semoga usia ku ke-30 ini dirahmati Allah, semoga aku diberi kesihatan yang baik untuk terus berbakti dan melindungi keluargaku dengan apa jua cara yang diredhai Allah. Semoga angka 30 ini adalah pembuka pintu kepada semua rahmat, rezeki dan kebahagiaan kepada aku, keluarga dan orang-orang yang bersama-sama di dalam perjuangan ini. Semoga aku terus matang dan menjadi orang sabar demi meraih manisnya iman. Amin...

Friday, December 31, 2010

Hari terakhir di dekad pertama abad ke-21

Salam semuanya,

Tirai 2010 hampir dilabuhkan..tika entry ini ditulis Malaysia mempunyai kira-kira enam jam lagi sebelum mengucapkan " hello" kepada 2011.. Satu permulaan tahun yang baru walaupun masih kabur sama ada ia mungkin menjadi satu titik tolak kepada sesuatu yang lebih baik atau cuma meneruskan kebiasaan hari-hari yang lalu.

Penat sudah buat wrap-up untuk berita ekonomi (selain terlalu sibuk dengan story2 stok sementelah tiada assignment sejak X'mass lalu tetapi page tetap publish spt biasa) Teja mungkin tidak akan meneruskan tradisi di laman Citrateja ini. Jadi tiada annual wrap-up atau round-up spt mana kebiasaan.

Cuma secara general Teja mahu mengimbas momen-momen indah, sedih, kecewa, bahagia dan pelbagai rasa lagi di teratak ini.

Banyak perubahan yang berlaku di dalam tahun 2010.

Antaranya adalah keputusan nekad ku untuk meninggalkan dunia penyiaran yang penuh cabaran dan warna, dunia yang ku abadikan segala cinta dan kesungguhan selama hampir enam tahun itu. Berubah "designation" daripada seorang wartawan penyiaran kepada wartawan, walaupun dilihat hanya "pembatalan/ pengurangan" perkataan penyiaran tetapi impak dan cabaran yang digalas amat berbeza.

Bagaikan seorang wartawan pelatih, aku meletakkan diri ini sama seperti mereka. Tidak sesekali Teja mampu mendabik dada dengan pengalaman enam tahun ini. Segala-galanya berbeza.

Bukan setitis air mata yang menitis kerana kerjaya ini tetapi demi cinta kepada dunia kewartawanan dan demi cita-cita yang mahu mendaki gunung impian, ku telankan apa jua halangan mendatang. Mana mungkin setitis darah Pak Sako yang mengalir di dalam diri ini ku sia-sia kan. Aku perlu membuktikan bahawa ini adalah kelangsungan keturunan ku..Aku harus berbangga dengan itu (bonda cakap Pak Sako dan arwah wek sepupu, jadi kami mempunyai jalur keturunan yang sama lah, cuma bukan secara langsung aku nie cucu dia, tak tahulah moyang dulu kerja apa, yang membuatkan kami semua nie ada bakat menulis, my brother; abang pun pandai menulis gak)

Hasilnya, setelah lebih 6 bulan di sini, aku mula dipandang berbeza dari seorang wartawan pelatih. Pengalaman selama enam tahun itu mula menjadi perbualan rakan-rakan sekerja yang tidak pernah mengenali ku selama ini. (Teja buat business reporting sejak mula bekerja jadi wartawan am mmg tak kenal diriku kecil yang senior2 dan selalu cover PM dan TPM..budak2 hingusan yang perasan hebat merasakan kehadiranku di Utusan Malaysia sama seperti budak2 intern je). Tak mengapalah, itu adat manusia.

Kerjaya di utusan nie membuka satu lembaran baru mungkin dari segi kewangan kepada ku..walaupun gaji kecik tetapi bayaran2 lain sangat hebat. Alhamdulillah. dapatlah membayar hutang sikit2.

TBC....

Friday, December 17, 2010

I never told you

But I never told you
What I should have said
No, I never told you
I just held it in
And now,I miss everything about you
Can't believe that I still want you
And after all the things we've been through
I miss everything about you
Without you.........

**I never told you by Colbie Calliat

- Tuhan, aku serahkan segala jiwa dan ragaku, hajat dan doaku kepada-Mu.
Engkau Yang Maha Mengetahui
Engkau Yang Maha Adil lagi Saksama
Engkau Maha Bijaksana
Engkau yang Maha Arif

Tiada lagi dayaku untuk menghalang diri ini daripada mengingatinya, tiada lagi usahaku untuk melupakannya, kiranya ini satu dosa, kau ampun kan aku Ya ALLAH. aku amat lemah dan jahil..namun aku percaya, Kau telah sediakan hikmahnya.

Tuhan, Aku redha kiranya dia bukan tercipta untukku..tetapi janganlah kau lemahkan hati ku kerana cintanya. Jangan pula kau pesongkan hatiku kerana kasihnya.
Tuhan, jika ini takdirmu, aku terima. Aku cuma pohonkan doa kesejahteraan untuknya. Hanya itu yang aku ada, aku tak mampu menjadi puteri kayangan impiannya, aku tak layak untuk terbang bersamanya, yang aku miliki hanyalah cinta suci dan kasih sayang sejati untuknya.

Tuhan, terimalah doa kudus ku yang kutitipkan kepadanya, Peliharalah dia Tuhanku, Lindungilah dia dan Kasihilah dia wahai Ya Rabbi..

Amin...

Tuesday, November 16, 2010

I'm sorry for hurting you..

I'm sorry for making the fuss. I feel bad

Wednesday, October 27, 2010

feel bad :-(

271010- I feel bad and I really need a shoulder to cry on..God, i ask for you hand, pls..