Sunday, February 12, 2012

Terungkai sudah

120212

Sungguh aku tertipu dgn hati sendiri, terpedaya dengan alasan " malaikat" seorang lelaki. Jika 12 tahun lalu kau memberi alasan bahawa hatimu sudah terisi, mungkin aku tidak akan mengharap....bagaikan mengharap hujan di gurun sahara. Mungkin jua pada saat itu aku bisa memujuk hati untuk melangkah pergi tanpa perlu menoleh kebelakang lagi.

Tetapi si malaikat yang ku puja- puja ini, menggunakan alasan tanggung jawab berat yang dipikulnya, bercerita mengenai perjalanan panjangnya yang masih kabur destinasinya. Aduhai hati, kasihan padamu, tertipu! Kasih dan cinta padanya sia-sia, percuma! Pada setiap ketika kau berdoa pada Tuhan, agar diringankan bebannya, supaya dia terasa senang dan mampu memusing bahunya yang berat itu untuk merasai kehangatan cintamu. Sedangkan...

Hakikatnya, dia mengejar wanita lain, menanti serikandi cintanya, gadis yang memberi harapan kabur padanya. 12 tahun episod kejar-mengejar ini berlaku tanpa kau sedari sehingga kadangkala kau lelah, namun kerana yakin bahawa tanggung jawabnya itu menghalang cintamu dan dia untuk bersatu, kau bangkit semula. Menghantar cahayamu tanpa jemu, tanpa diketahuinya dengan ikhlas, dengan penuh kasih sayang.

Kalaulah, ku tahu dari awal bahawa itu semua hanyalah alasan untuk melindungi kelemahan, pastinya aku tidak sekuat ini, hatiku tidak sekebal ini kerana mengirim cahaya dari jauh, mengirim doa yang tidak pernah putus bukanlah satu tugas ringan, bukan sesuatu yang suka-suka.

Wahai si malaikat, apalah salahnya jika dari dulu kau mengaku bahawa hatimu telah dimiliki, kau hanya menghitung hari untuk si perawan pujaan menyambut cintamu, pastinya hatiku tidak parah. Pastinya hatiku sudah lepas bebas dari dulu.

Benar, kau tidak mempermainkan hatiku, kau tidak minta aku menunggumu tetapi mengertikah dikau, kasih sayang ini lahir dari hati yang tulus mencintaimu. Yang mahu melihat kau bahagia dan tidak susah. Aku benar - benar percaya setiap kata-katamu, percaya bahawa kau memikul bebanan yang teramat berat, pundakmu bagaikan mahu roboh memikul tanggung jawab yang diamanahkan sehingga tidak mampu memikir tentang cinta. Dan sebagai seoang gadis naif, aku sedia menanti selama 12 tahun tanpa jemu, tanpa putus asa, berdoa ke hadrat Ilahi agar bebanan yang kau pikul itu ringan dan kau jua akhirnya mencapai nikmat cinta. Sedangkan....

Kau sedang menikmatinya sekarang. Mengecap kemanisan cinta dari pujaan hatimu dan aku pula terduduk malu, tertipu. Kalaulah...

Kalaulah dari dulu kau tidak berselindung dan menggunakan alasan-alasan malaikat, pastinya aku juga sepertimu, sedang menikmati musim-musim bunga yang indah bersama pasanganku, yang benar-benar mencintaiku tanpa alasan.

Pastinya sudah lama ku buka hatiku untuk arjuna lain, panglima hatiku. Yang akan berjuang dengan nama Tuhan untuk mencintaiku kerana-Nya. Tidakkah kau malu wahai lelaki bertopeng malaikat?

Menggunakan amanah Tuhan sebagai alasan untuk menolak cinta seorang gadis naif?

Wahai lelaki bertopengkan malaikat, benar, gadis ini naif tetapi dia dikurniakan Tuhannya dengan akal dan fkiran yang bijak dan waras, apa perlunya dia mengharap hati seorang lelaki yang sudah terisi?

Apa perlunya untuk gadis ini berperang dengan wanita lain untuk menjuarai hati seorang lelaki? Oh lelaki bertopengkan malaikat, kau kalah besar kali ini. Wanita yang kau puja memberi harapan kabur padamu, sedangkan gadis naif yang mencintaimu sepenuh hati selama ini sedang memandang kau sebagai pengecut!!

Apa guna bernama perwira jika takut berkata benar? Apatah pula, lawanmu ini hanyalah seorang gadis kampung yang naif, terpikat hatinya, di saat terlihat kau sedang khusyuk berbicara dengan Tuhan, tanpa dia tahu apa nama mu, apa pangkat dan gelaranmu. Seikhlas hati dia mencintaimu, tetapi kau pengecut! Katakan benar walaupun pahit! Tetapi kau memilih untuk menutur kata-kata bohong yang kedengaran suci, berselindung di sebalik wajah seorang malaikat. Aduhai..kasihan aku melihat kamu, semoga pada suatu hari nanti kau memiliki hati seorang panglima yang sejati untuk membuat keputusan mengenai gadis pujaanmu yang memberi harapan kabur itu.

Gadis kampung yang naif ini dengan berani walaupun dia bukanlah seorang serikandi, mengundur diri. Bukan aku untuk berselindung di sebalik kebenaran. Yang benar, aku lafazkan, seperti mana yang pernah aku nyatakan padamu bahawa aku amat mencintaimui. Dan yang batil, tetap ku katakan batil. Biarlah dikata apa sahaja, yang pasti, aku tidak suka meminjam watak malaikat demi untuk mempertontonkan kepada dunia betapa hebatnya diriku seperti mana yang kau lakukan. You're loser! Shame on you! You lost big time! Sedeyhhh!!!

Monday, December 12, 2011

Bicara syukur

Hari nie dapat surat pelarasan gaji dan back dated increament. Alhamdulillah. Walaupun tak banyak seperti rakan-rakan lain, tetapi sebagai seorang yang pernah merasai kesusahan hidup, mendaki satu persatu tanggan kerjaya, pengertian khabar gembira ini adalah sangat bernilai berbanding amaunnya.

Sejak mula bekerja sebagai wartawan dgn kontrak piecemeal di RTM bermula April 2005, diberi gaji hari RM70 sehari tanpa potngan KWSP selama setahun, kemudian dinaikkan kepada kontrak AB dengan gaji RM80 sehari, Teja tidak pernah bermimpi untuk merasa durian runtuh. Syukur, jika masih menerima gaji setiap bulan untuk membayar sewa bilik dan ansuran kereta, dan paling penting tidak menyusahkan mak dan ayah. Itu yang paling utama. Berhenti kerja di RTM pada November 2007, dan kemudiannya bekerja sales executive di Leaders Holiday dan Bernama TV, apalah yang diharap pada syarikat-syarikat yang terumbang-ambing.

Betapa aku bersyukur, pilihan Tuhan Yang Maha Arif, lewat istikharah yang lalu, sebelum aku membuat keputusan menerima tawaran Utusan Malaysia sedikit demi sedikit menampakkan hasil. Berkat kepercayaan penuh pada pilihan-Nya, inilah yang kurasai. Walaupun perjalanan kurang dua tahun ini bukan mudah, bukan setitis air mata jatuh, bukan sedikit senyuman palsu menyembunyikan kesedihan dilemparkan sepanjang tempoh itu. Malah aku percaya, air mata ini tetap akan gugur, senyuman palsu tetap akan terukir di hari-hari mendatang. Tetapi biarlah! Apalah ertinya hidup jika tiada dugaan. Apalah ertinya kegembiraan jika tidak pernah merasa sedih. Bagaimana mahu bangkit melawan, jika tidak pernah jatuh tersungkur? Doaku hanyalah satu, biar apa pun mehnah menerjang, biarlah kepercayaan ku pada Ilahi tetap bulat!

Akhir-akhir ini panggilan Kaabah bagaikan terlalu kuat. Bagaikan sepasang kekasih yang sudah lama tidak berjumpa. Setiap masa aku berdoa, agar dijemput Allah sebagai tetamu-Nya, untuk aku si pendosa ini melepaskan rindu pada kekasih-Nya. Benar, Allah itu di hati, Allah itu di dalam diri, lebih dekat dari urat merih sendiri, tetapi hati ini meronta-meronta untuk menjejaki Tanah Suci itu. Ingin sekali menikmati udara dari tanah kelahiran anbia'. Untuk melihat mengelilingi Baitullah, bersolat di sekitarnya, berzikir dan bertahmid untuk-Nya.

Aku tahu, aku ini pendosa tidak layak untuk syurga-Nya, tetapi aku juga punya hati, untuk mencintai si Maha Pencinta. Ya Allah, jadikan aku hambamu yang sentiasa beristiqamah di dalam ibadat dan petbuatan baik. Jemputlah aku sebagai tetamu-Mu. Amin

Insya-Allah, aku sedang berusaha mengumpul duit, membersihkan harta, menguruskan hutang supaya aku menjadi pilihan-Nya untuk menjadi tetamu Allah. Insya Allah, aku mahu berpuasa di Mekah, satu hari nanti, sambil menyempurnakan impian bonda yang menjejakkan kaki ke sana sekali lagi, tetapi kali ini pada Ramadhan Al-Mubarak.

Ya Allah, makbulkan permintaan ku ini. Aku mahu bersolat, mengabdikan diri di tanah suci mu, mahu mencium batu syurga itu dan menyempurnakan setiap rukun ibadat. Ya Allah, mohon diperkenankan doaku ini, wahai Tuhan yang maha memakbulkan permintaan dan tidak pernah memungkiri janji. Amin.....

Monday, August 15, 2011

Ogos 16, 2001

Kurang tiga jam Teja akan memasuki club 30...huhuhu..pada tarikh 16 Ogos 1981, lahirlah anak sulung perempuan pasangan Hajah Ropiah Mat Nor dan En. Abd. Rahman di Hospital Besar Kuala Lumpur. Mak mengalami komplikasi akibat darah tinggi sebab itu Teja dilahirkan di HBKL (Hospital Bersalin Kuala Lumpur ketika itu). Banyak peristiwanya masa tu, mak dan ayah datang dari kampung, tiada saudara mara untuk menumpang, jadi ayah terpaksa bermalam di pangkin luar hospital sementara menanti emak. Emak pula selepas melahirkan aku, pengsan tidak sedarkan diri. Ya Allah, besar jasa mereka padaku, tidak terbalas olehku walaupun aku mampu menghadiahkan dunia dan seisinya kepada mereka.

Dibesarkan dengan penuh kasih sayang walaupun menjalani kehidupan yang biasa-biasa, kami tetap gembira, dilengkapi pula dengan dua adik lelaki. Kehidupan kami sempurna. Hmmm...sudah 3o tahun peristiwa itu berlalu bermakna sudah 30 tahun juga aku berkelana di dunia yang fana ini, meminjam umur daripada Tuhan, menghirup udara percuma dan sentiasa berjanji untuk berbakti di jalan-Nya dan acapkali itu juga janji tadi dimungkiri.

30 tahun, bukanlah satu waktu yang pendek. suka duka, kepayahan, pengorbanan sejak kecil sehingga sekarang menjadikan aku sepertinya ini. Luaran yang nampak keras bagaikan karang di lautan tetapi memiliki hati sangat lembut dan mudah terguris. Segala kepahitan itu ku tanggung sendiri. Bukan menghadapi kehidupan, apatah lagi jika menyandang gelaran anak sulung, segala tanggung jawab terbeban di pundak ini. Maruah dan nama baik keluarga wajib dipertahankan, apatah lagi anasir-anasir itu datang dari sekeliling juga.

Kadang kala aku penat, kadang kala aku juga meminta pada Yang Maha Pemberi, berilah aku satu lagi bahu untuk ku bersandar, untuk kongsikan bersama segala beban dan masalah ini, untuk aku jadikan penenang di saat hatiku berkeluh-kesah, di saat tubuhku tak daya lagi menahan ujian-Nya. Namun, DIA lagi Mengetahui. Masa ku belum tiba. Mungkin DIA tahu, bahawa aku masih belum cukup kuat untuk mencintai manusia lain tanpa mengurangkan walaupun setitik kasihku pada-Nya. Biarlah, aku redha kerana DIA Yang Maha Arif.

Dalam meniti ranjau kehidupan, aku masih bersyukur kerana mempunyai keluarga yang sangat penyayang dan memahami. Tanpa mereka, mungkin aku tidak berada di sini. Mungkin aku sudah hanyut dengan kehidupan dunia yang kotor. Sesungguhnya, aku bersyukur dengan anugerah ini.

Semoga usia ku ke-30 ini dirahmati Allah, semoga aku diberi kesihatan yang baik untuk terus berbakti dan melindungi keluargaku dengan apa jua cara yang diredhai Allah. Semoga angka 30 ini adalah pembuka pintu kepada semua rahmat, rezeki dan kebahagiaan kepada aku, keluarga dan orang-orang yang bersama-sama di dalam perjuangan ini. Semoga aku terus matang dan menjadi orang sabar demi meraih manisnya iman. Amin...

Friday, December 31, 2010

Hari terakhir di dekad pertama abad ke-21

Salam semuanya,

Tirai 2010 hampir dilabuhkan..tika entry ini ditulis Malaysia mempunyai kira-kira enam jam lagi sebelum mengucapkan " hello" kepada 2011.. Satu permulaan tahun yang baru walaupun masih kabur sama ada ia mungkin menjadi satu titik tolak kepada sesuatu yang lebih baik atau cuma meneruskan kebiasaan hari-hari yang lalu.

Penat sudah buat wrap-up untuk berita ekonomi (selain terlalu sibuk dengan story2 stok sementelah tiada assignment sejak X'mass lalu tetapi page tetap publish spt biasa) Teja mungkin tidak akan meneruskan tradisi di laman Citrateja ini. Jadi tiada annual wrap-up atau round-up spt mana kebiasaan.

Cuma secara general Teja mahu mengimbas momen-momen indah, sedih, kecewa, bahagia dan pelbagai rasa lagi di teratak ini.

Banyak perubahan yang berlaku di dalam tahun 2010.

Antaranya adalah keputusan nekad ku untuk meninggalkan dunia penyiaran yang penuh cabaran dan warna, dunia yang ku abadikan segala cinta dan kesungguhan selama hampir enam tahun itu. Berubah "designation" daripada seorang wartawan penyiaran kepada wartawan, walaupun dilihat hanya "pembatalan/ pengurangan" perkataan penyiaran tetapi impak dan cabaran yang digalas amat berbeza.

Bagaikan seorang wartawan pelatih, aku meletakkan diri ini sama seperti mereka. Tidak sesekali Teja mampu mendabik dada dengan pengalaman enam tahun ini. Segala-galanya berbeza.

Bukan setitis air mata yang menitis kerana kerjaya ini tetapi demi cinta kepada dunia kewartawanan dan demi cita-cita yang mahu mendaki gunung impian, ku telankan apa jua halangan mendatang. Mana mungkin setitis darah Pak Sako yang mengalir di dalam diri ini ku sia-sia kan. Aku perlu membuktikan bahawa ini adalah kelangsungan keturunan ku..Aku harus berbangga dengan itu (bonda cakap Pak Sako dan arwah wek sepupu, jadi kami mempunyai jalur keturunan yang sama lah, cuma bukan secara langsung aku nie cucu dia, tak tahulah moyang dulu kerja apa, yang membuatkan kami semua nie ada bakat menulis, my brother; abang pun pandai menulis gak)

Hasilnya, setelah lebih 6 bulan di sini, aku mula dipandang berbeza dari seorang wartawan pelatih. Pengalaman selama enam tahun itu mula menjadi perbualan rakan-rakan sekerja yang tidak pernah mengenali ku selama ini. (Teja buat business reporting sejak mula bekerja jadi wartawan am mmg tak kenal diriku kecil yang senior2 dan selalu cover PM dan TPM..budak2 hingusan yang perasan hebat merasakan kehadiranku di Utusan Malaysia sama seperti budak2 intern je). Tak mengapalah, itu adat manusia.

Kerjaya di utusan nie membuka satu lembaran baru mungkin dari segi kewangan kepada ku..walaupun gaji kecik tetapi bayaran2 lain sangat hebat. Alhamdulillah. dapatlah membayar hutang sikit2.

TBC....

Friday, December 17, 2010

I never told you

But I never told you
What I should have said
No, I never told you
I just held it in
And now,I miss everything about you
Can't believe that I still want you
And after all the things we've been through
I miss everything about you
Without you.........

**I never told you by Colbie Calliat

- Tuhan, aku serahkan segala jiwa dan ragaku, hajat dan doaku kepada-Mu.
Engkau Yang Maha Mengetahui
Engkau Yang Maha Adil lagi Saksama
Engkau Maha Bijaksana
Engkau yang Maha Arif

Tiada lagi dayaku untuk menghalang diri ini daripada mengingatinya, tiada lagi usahaku untuk melupakannya, kiranya ini satu dosa, kau ampun kan aku Ya ALLAH. aku amat lemah dan jahil..namun aku percaya, Kau telah sediakan hikmahnya.

Tuhan, Aku redha kiranya dia bukan tercipta untukku..tetapi janganlah kau lemahkan hati ku kerana cintanya. Jangan pula kau pesongkan hatiku kerana kasihnya.
Tuhan, jika ini takdirmu, aku terima. Aku cuma pohonkan doa kesejahteraan untuknya. Hanya itu yang aku ada, aku tak mampu menjadi puteri kayangan impiannya, aku tak layak untuk terbang bersamanya, yang aku miliki hanyalah cinta suci dan kasih sayang sejati untuknya.

Tuhan, terimalah doa kudus ku yang kutitipkan kepadanya, Peliharalah dia Tuhanku, Lindungilah dia dan Kasihilah dia wahai Ya Rabbi..

Amin...

Tuesday, November 16, 2010

I'm sorry for hurting you..

I'm sorry for making the fuss. I feel bad

Wednesday, October 27, 2010

feel bad :-(

271010- I feel bad and I really need a shoulder to cry on..God, i ask for you hand, pls..

Monday, August 16, 2010

It's My Birthday!!!

Today August 16, 2010...It's my birthday!!! my 29th birthday!!!

My wishlist here it goes...

1. Netbook
2.new hp/ blackberry perhaps
3. new boyfriend..hik hik
4. to be continued....

Tuesday, August 10, 2010

Ahlan Ya Ramadhan..Memori bahagia di Lot 101

Ahlan Ya Ramadhan..Esok 11 Ogos 2010 bersamaan 1 Ramadhan 1431 Hijrah seluruh umat Islam akan mengerjakan ibadah puasa. Ibadah yang sama pentingnya seperti ibadah-ibadah lain yang difardhukan. Ibadah unik ini hanya berlaku sebulan sahaja setiap tahun. Pengabdian yang agung kepada Tuhan yang Maha Berkuasa, untuk kita sama-sama menginsafi setiap penderitaan saudara-saudara Muslim kita di tempat lain. Yang sebenarnya kebuluran, bukan hanya sebulan tetapi mungkin di sepanjang hayat mereka.

Bagi Teja, Ramadhan ini penuh pengertian. Aku hanya mahu mendekati diri yang hina ini kepada Yang Maha Suci. Aku mahu memohon ampun di atas segala ketelanjuran, dosa dan kehinaan kepada Yang Maha Menerima Taubat. Aku mahu menjelang 1 Syawal diri ini kembali kepada fitrah ku. Mungkin aku tak mampu kembali putih sesuci salju sepertimana di hari pertama kelahiranku, namun aku mahu diri ini dibaluti nur kasih-Nya. Mendakap cinta-Nya yang luhur dan suci.

Aku mahu membersihkan batin ini bagaikan mencucuri air di kali..terus dan tenang..membawa pergi segala mazmumah agar mudah mahmudah tertanam. Tuhanku, perkenankanlah.

Memasuki Ramadhan, Teja ingin mengimbas kembali memori manis zaman kanak-kanakku. Gadis ini mula berdikari sejak dia dianugerahi seorang adik lelaki. sejak usianya 6 tahun. Hidupku tidak sama seperti anak-anak lain kerana segala tanggungjawab terbeban di pundaknya.

Semenjak menyandang gelaran Along, aku harus terus menjadi ketua kepada adik-adikku, membantu ayah dan bonda seupaya ku. Masa bonda masih kerja di dapur asrama, aku akan menjaga adik-adik.

Bayangkan, di bulan Ramadhan ini, Bonda terpaksa memasak untuk sahur kepada budak-budak asrama dan seawal 9 malam terpaksa ke sekolah. Ayah akan hantar Bonda dan aku akan tinggal dengan adik-adik di rumah.

Sedih jika dikenang. Apa perasaan ayah dan bonda semasa meninggalkan kami? Pasti risau dan tak tenteram tetapi apa daya mereka. Mereka tiada pilihan, cuma bertawakkal kepada Yang Maha Menjaga..Yang Tidak Pernah Mengantuk apatah lagi Tidur. Dan Dia adalah Yang Maha Mengasihani tiada yang dapat mengatasinya. Sepanjang pemergian bonda dan ayah tidak pernah sebarang kejadian buruk berlaku. Kerana Dia tahu kami tiada sesiapa kecuali Dia. Pergantungan kami hanya pada Dia. Bonda dan Ayah terpaksa...Aku juga tidak berdaya..Tetapi Dia amat Mengerti. Di Ramadhan Al-Mubarak, ditutupnya pintu kejahatan manusia dan bukan manusia kepada kami. Dia jaga kami dengan kasih-Nya. Kami adik beradik selamat sehingga ke hari ini.

Kenangan Syawal juga menjelma ketika ini. Pernah satu ketika di bulan Ramadhan yang mulia, ayah dan Bonda tidak ada gaji. Gaji yang sedikit itu tidak diterima kerana belum tiba masanya tetapi Syawal hampir menjenguk muka. Tuhan, bagaimana anak-anak hendak raya? Begitu rintihan ayah dan bonda tetapi Tuhan tetap bersama. Dibukakan pintu akal kepada ayah untuk menebalkan muka meminjam sedikit wang buat belanja (dewasa ini aku mengerti betapa malunya untuk meminjam wang dan aku tidak pernah meminjam daripada kawan-kawan cuma abang yang selalu jadi banker, itupun aku masih segan). Bagaimana ayah tergamak meminjam wang dari kawannya? Kerana wajah anak-anak yang belum mengerti erti kesusahan, ayah meletak maruahnya di kaki. Kerana wajah anak-anak yang hanya tahu bahawa Hari Raya adalah hari keriangan. Hari untuk makan lemang dan rendang dan segala makanan yang enak-enak.

Manakala Bonda pula, terpaksa menggadaikan gelang emasnya untuk membeli baju raya kepada anak-anak. Kerana anak-anak tahu bahawa Hari Raya adalah hari untuk pakai baju baru dan kasut baru.

Kasihan...Bagaimana mereka ada ketabahan itu? Di dalam panasnya cuaca Ramadhan dengan penatnya berpuasa, akal dan maruah diduga Tuhan. Tetapi mereka tetap tersenyum, masih lembut bicara ketika kami bertanya "bila mahu beli baju raya?"

Tuhan, Aku mohon ampunkan segala dosa-dosa kedua ibubapa ku. Aku tak mampu membalasnya segala yang telah diberikan kepada aku.

Ketika sampai waktu untuk membeli baju raya, ayah dan bonda amat gembira, kami apatah lagi. Aku tidak pernah hiraukan teriknya mentari dan penat berpuasa, naik bas sama-sama pergi ke Mentakab. Ayah dan Bonda tetap mahu yang terbaik untuk anak-anaknya. Kami jarang ke Mentakab kerana jauh, tetapi untuk Aidilfitri ayah bonda mahu kami bergaya dengan barangan yang di beli di The Store (zaman itu, hanya The Store Mentakab tempat paling class nak shopping). kami gembira..ayah dan bonda pun sama. Tak pernah merungut penat melayan kerenah kami yang berbagai. Malah bonda masih gagah memasak makanan berbuka selepas pulang dari membeli-belah. Tuhan, Terima Kasih kerana benarkan aku lahir dari perut sucinya. Dia bukan sekadar ibu malah aku anggap anugerah terhebat yang kau berikan kepadaku. Aku tidak pernah jumpa wanita sehebat dia dan setabah dia...

((posting terhenti..)

Monday, August 2, 2010

S.U.F.F.E.R

The only thing that I want you to know, I never asked for this. I NEVER asked for this, to fall into you from head over heels. So, I beg you, please don't put the blame on me. I never ask this to happen. I was accidentally saw you performing solat in UKM back in 2000. And it just happen.
Can u imagine? It was 10 years flown by. And I still the same person who standing still and loves you unconditionally.

Dear, I wish it wouldnt happen at the first place. If only I could turn back time, I wish that I was blind when I first saw you. I wish I was not the person who fell into you. I was young back then. I dont understand what is love and how it feels. Itwas purely running from the bottom of my heart. I love you not because of your money or anything else in the world. I love you because of you.

But now, I realize that somehow, this love has backfiring me.

Dear, I want you to know, I was suffering since the day one. I wish that I never knew you..AT ALL!. You really had no idea how bad it was. I was suffering since the day one! Can you imagine that?

I want to let you go but I cant. I tried..I tried so many times but I failed. What else should I do? I really want to move on..to let you go and start my new life...but I cant.

I wish that one day God will answer my pray...to get over you!

I never hates you but I really hates myself to fell into you and I hates myself even more because I cant forget you!!!

Saturday, July 10, 2010

Petunjuk Ke Jalan Lurus: Doa Peyembuh segala Penyakit

Petunjuk Ke Jalan Lurus: Doa Peyembuh segala Penyakit

Fadhilat Al-Ikhlas

Di "quote" dari blog dakwah-ul-Islam:

Bismillaahirrahmaanirrahim.....

Surah Al-Ikhlas:QULHU ALLAHU AHAD. ALLAHUS SWAMAD. LAM YALID WALAM YUULAD. WALAM YAKUL LAHUU KUFUWWAN AHAD.

Sesiapa yang membaca atau mengamalkan setiap hari dengan membaca Surah Al-Ikhlas Sembanyak 200 kali dalam keadaan berwuduk Akan mendapat 9 Faedah:

Yang Pertama: Allah s.w.t. akan menutup 300 pintu azab, sebagai contoh: musuh/qahhar/fitnah

Yang Kedua: Allah s.w.t. akan membuka 300 pintu rahmat.

Yang Ketiga: 300 pintu rezeki akan terbuka- Allah s.w.t. akan memberi rezeki dengan ghaib tanpa sebarang perkerjaan.

Yang Keempat: Allah s.w.t. akan memberikan Ilmu daripada Ilmunya sendiri / memberikan sabar dari sabarnya sendiri / memberikan kefahaman dari kefahamannya sendiri.

Yang Kelima: Akan mendapat Pahala seperti menghatamkan Al-Quraan sebanyak 36 kali.

Yang Keenam: 50 Tahun Dosa akan diampunkan.

Yang Ketujuh: Allah s.w.t. akan memberikan 20 Mahligai di syurga, yang diperbuat daripada Zamarud, pada setiap mahligai mempunyai 70 000 pintu,

Yang Kelapan: mendapat pahala sembahyang 2000 rakaat.

Yang Terakhir Kesembilan: Apabila ia telah meningal Dunia, 110 000 Malaikat akan menghadiri didalam jenazahnya.

Thursday, June 17, 2010

Bantu aku Tuhan untuk aku mencintai-Mu...

Entah bagaimana untuk aku mulakan entry ini. Tafakur seketika selepas solat tadi membuatkan aku rasa untuk mencoret sesuatu di blog ini. Untuk kekal sebagai ingatan di ketika aku lupa nanti.

Baiklah, aku selalu lupa bahawa aku tidak patut mencintai manusia melebihi aku mencintai Tuhan. Setelah melalui "jalan" ini aku semakin sedar tentang " alamat-alamat" yang diberi-Nya. Ingatan yang diberikan berkali-kali membuat aku tersentak dan kembali merenung diri. Benar, dia lelaki yang paling aku sayang. Lelaki yang sudah lama bertapak di hati ini walaupun pelbagai cara untuk aku melupakan namun aku masih gagal. Dan dia memang adalah ANUGERAH sekaligus UJIAN kepada aku. Si Maha Pencinta mungkin mahu menguji cintaku pada-Nya. Hasilnya, aku GAGAL.

Aku sangat takut melepaskan lelaki ini...Benar, aku kononnya mencuba..tetapi tidak kuletakkan usaha itu 100 peratus. Aku GAGAL! dan DIA yang Maha Menyayangi masih belum menghukum aku. Masih memberi aku yang GAGAL ini ruang dan peluang untuk aku terus berusaha memperbaiki diri. Untuk aku terus meningkatkan cinta pada pemilik yang Hakiki. Mana mungkin aku mencintai seorang hamba yang lain melebihi daripada Pemilik cinta yang Hakiki.

Aku alpa...aku lalai....Aku mohon ampun Ya Tuhan...Bantulah aku untuk aku terus mencintai-Mu..untuk aku terus berada di dakap-Mu..Jangan Kau biarkan hati ini terhanyut oleh perasaan.

Aku lupa dunia yang Fana ini adalah taman indah untuk mereka yang lalai...manakala hanya tempat persinggahan sementara bagi yang bertaqwa. Di mana aku? selama ini aku menggangap aku perlukan keindahan dunia untuk meneruskan perjalananku ke akhirat. Teja sayang, minyak dan air takkan bercampur. Mana mungkin keindahan dunia yang penuh tipu daya ini tidak akan melalaikan aku menuju destinasi akhirat?

Aku punya banyak tugas di dunia ini..banyak tanggungjawab yang aku abaikan atau sekurang-kurangnya ku tangguhkan. Tanggung jawab sebagai anak, sebagai kakak, sebagai pekerja, dan yang penting, aku lupa tanggungjawab aku dan janji aku pada Tuhan semasa aku dilahirkan; untuk aku menjadi Khalifah-Nya?

Di mana tempatku nanti? Allah aku bimbang tidak sempat menyempurnakan amanah yang Kau berikan. Bagaimana? Apakah aku punya waktu yang cukup untuk menjadi anak yang soleh? apakah aku punya waktu untuk menjadi pembimbing adik-adik ku? Mengapa aku tidak sedar semua ini.??

Ya ALLAH, Bantulah aku untuk bangkit semula dan terus mencintai-Mu...

Monday, May 10, 2010

Bonda...

Sempena Hari Ibu ini nukilanku...

" Bila dia ada, kukira aku sudah selamat dalam dakapannya,
Aku tidak perlu yang lain selain hangat kasihnya,
Kasih yang tiada bertepi,...
Cinta yang tiada bernokhtah,
Dia sempurna,
Dia penghubung antara aku dan Tuhanku,
Tiada dia, tiada aku di dunia ini.
Menjunjung kasih padamu Bonda,
Merafak cinta pada Ibu,
Sesuci air di kali, setulus itu doaku buat mu,
meski tidak sempurna seperti kudusnya doamu,
ketahuilah Bonda, kau tetap di hati...
meski jasad terpisah nyawa..kasih ini tetap abadi.
Luv Teja ( saje menumpang kat note hilmie ;p)

Nukilan spontan di komen page Hilmie on his note..I love Bonda..Dan Teja amat bertuah memilikimu..

Wednesday, April 14, 2010

Aku ingin Jadi seperti ini....


Sebaik-Baik Wanita

Ketika Cinta Bertasbih...

" bila cinta Allah berbicara, cinta yang lain akan membisu seribu bahasa..."

Teja quote kata-kata indah ini dari sebuah blog; genta rasa.. begitu juga puisi di bawah. sungguh, ia adalah satu hikmat pada Teja hari ini, entah apa yang berlaku..aku amat merinduinya. Dan, bila Teja jumpa blog genta rasa, Teja rasakan bagai sudah mendapat penawar untuk kelesuan hati hari ini. Terima Kasih ustaz. semoga Allah merahmati usahamu yang mahu berkongsi rasa.

AKU BUKAN SUMAYYAHMU!

Suami ku bunga semalam telah layu
Gugur dari jambangannya
Mujur cinta dan perjuangan kita
Bukan itu lambangnya

Mulut ku kaku untuk merayu
Hati ku malu untuk terus cemburu
Tidak seperti dulu
Kerana kini kau mujahid
Yang rindu memburu syahid


Maaf kiranya tutur dan tingkah
Senyum dan seri wajah
Pudar dan hambar di mata mu
Pada ku yang baru belajar
Menjadi seorang mujahidah

Aku kini hanya mendoakan
Agar kau menjadi Yassir
Walau kiranya… bukan aku Sumayyahmu
Dalam tangis ku cuba senyum ketika kau bermusafir
Sepertinya Siti Hajar
Sewaktu ditinggalkan Ibrahim
Biar selalu kita berpisah
Selalu derita kerap susah
Kerana syurga menagih ujian berat
Sedangkan neraka dipagari nikmat!

Wednesday, February 17, 2010

Bila Dia Memberi Petunjuk...

(keseluruhan posting diambil daripada satu blog qalam khairunnisa..sekian)

Teja terbaca blog ini dan amat bersetuju dengan paparan DS Khairunnisa..
ISTIKHARAH

Istikharah bermaksud meminta kebaikan dalam urusan yang di bolehkan oleh Allah untuk dilakukan hamba-Nya dengan cara-cara yang di ajar oleh Rasulullah SAW. Perbanyakkan taubat, selawat dan berzikir kepada Allah agar beroleh petunjuk ke arah kebenaran.
Ibnu Qayyim berkata, orang yang beriman menerima ketentuan Allah dengan 2 sikap :1) Berserah diri (sebelum solat istikharah)

2) Redha dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah setelah melakukan solat Istikharah.Dari Makhul, dia mendengar Ibnu Umar berkata

"terkadang seseorang itu beristikharah kepada Allah lalu dipilihkanlah yang terbaik baginya. Namun, dia membenci pilihan TuhanNya dan tidak mahu lagi melihat hasil istikharahnya itu meskipun sebenarnya itulah yang terbaik baginya"

Mari muhasabah sedikit dengan bicara ALLAH dalam surat cintanya yang bermaksud;
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216"

Saya sedih bila orang mendengar tentang ISTIKHARAH, mereka memfokus dalam soal memilih pasangan jodoh sahaja. Sesungguhnya ISTIKHARAH ini luas. Ia di lakukan bila ada pertembungan urusan apa yang terbaik untuk kita lakukan. Ada keberkatan didalamnya untuk kehidupan kita. Ini bermakna, kita menjadikan ALLAH sebagai tempat pergantungan mutlak kita.

Monday, February 15, 2010

Keliru...

Khamis malam Jumaat (12 Feb), Rosli temankan aku pg rumah Hadi, sakitnya badan cz tak mandi limau lps berubat. so, aku pglaa umah Hadi semula..ok, habis kat situ.

Balik fm umah Hadi, about 4am, Hadi sms ckp nampak aku kat news Awani then oklaa..talk a bit about the news and all that..tp lps tu dia tanya aku, aku minat Rosli ke tak? MAMPOS!!! mmg aku naik hanginlaa..

aku x pernah ada terlintas pun perasaan dengan rosli..apa ntah dlm fikiran Hadi. dia kata aku n rosli ada chemistry dari segi spiritual n aura...Ya allah, apa ntah nie.. aku bengang giler.

Berbalik pada istikharah ku, aku yakin rosli bukan orangnya, dan sekali lagi aku keliru..kenapa ini terjadi. apa yang tuhan rancangkan? Ya allah, apa yang susah sangat..
td, biah (classmate aku kat degree) add aku kat facebook..now dia dh ada boyfren ok..she's fatter than me..darker than me..ya allah, bukan nak mengutuk tp dia ada gak bf kan? me????

off a sec...

Monday, February 8, 2010

Menghitung Hari..

Hari ini Isnin Februari 8, 2010....

Lagi dua hari aku akan meraikan atau meratapi "ulangtahun ke 10" derita cinta ini. derita yang aku harap berakhir setakat ini sahaja..sudah tidak tertanggung oleh tubuh ku ini..apatah lagi hati kerdilku untuk meneruskan percintaan ini..

Tuhan, aku redha atas segalanya..aku mohon tunjukkan lah aku jalan yang sebenar..jika dia bukan untukku maka Kau tamatkanlah penderitaan ini, jika dia adalah lelaki yang kau takdirkan untuk ku, maka permudahkanlah..

Hari Rabu Februari 12, 2010

Tak sempat update blog..a bit bz..hmmm... 10 Februari berlalu dengan pelbagai rasa tetapi aku hargai saat akhir Feb 10 melabuhkan tirai. Fikiran aku agak berkecamuk sebelum tu, pelbagai rasa menjengah hati dan minda sehingga tubuh ini bagaikan tak berdaya untuk bertahan, namun takdir ALLAH lebih hebat.

Pada malam Feb 10 (selasa Feb 9) aku mulakan sambutan "ulangtahun" dengan bacaan Yassin dengan doa dan harapan ALLAH beri aku ketenangan dan kekuatan menghadapi apa jua keputusan yang telah ditakdirkan-Nya.

Berjalan lancar pada mulanya namun tetap ada dugaan..selepas membaca surah Hati Al-quran itu, Rosli sms, ajak minum dan dia tengah bosan,kesian jugak. aku faham situasinya namun ku jua punyai rencana ku sendiri, bukan mahu menyakiti hati sesiapa namun aku harus teruskan...
Lalu ku tolak pelawaan Rosli dan pastinya dia mengerti..syukur.

Rencana "ulangtahun ke-10" itu kuteruskan dengan solat Hajat..Aku berdoa agar diberi petunjuk yang benar dan aku amat berdoa agar dipermudah dan diperkenan segala hajat ku..Alhamdulillah..aku semakin tenang..

Usai zikir tahlil 100 kali aku teruskan dengan istikharah..aku mohon petunjuk dari-Nya, apakah benar "dia" adalah orangnya. Maka Yang Maha Arif pun memberi ilham-Nya kepadaku.....

Alhamdulillah, aku amat tenang..ketika ini aku hanya menanti bab selanjutnya menyusul. aku hanya pelakon di pentas dunia yang fana. Dan ALLAH Yang Maha Kuasa adalah Pengarah Agung yang mencoret skrip-Nya pada kanvas takdir yang hakiki...Aku berserah dan aku amat yakin dengan ilham yang dikurnia-Nya. Syukur.....

Citrateja is signing off...

Wednesday, February 3, 2010

Just give it a go !

If you want something,
you just go for it..
if you get it, you won..
but if you don't get it,
you don't lost
at least you have tried..
it's never a shame to lost after trying..
but it is a shame if you lost without trying..

sit back..and thinks about my words..
and you will know..
that i'm not lying"

"Life is only travelled ONCE; Today’s MOMENT becomes Tomorrow’s MEMORY.Enjoy every moment, good or bad, because the GIFT of LIFE is LIFE itself…."