Monday, December 28, 2009

Wednesday, December 23, 2009

Maal Hijrah dan Tahun Baru Masihi


Hari nie hari Selasa 23 December 2009..

Dah 5 hari umat Islam menyambut tahun baru Hijrah 1431 dan lagi 7 hari seluruh rakyat dunia akan meraikan tahun baru masihi 2010.. sangat menarik.

Teja menyambut tahun baru Hijrah dengan memulakan perjalanan ke Penang untuk menghadiri perkahwinan Muzzafar dan Nazilah, bergerak dari KL pada pukul 1130am dan sampai ke hotel Heritage 1926 pada pukul 530pm. Apa yang menarik bukan sahaja perjalanan ini yang sungguh menyeronokan tetapi juga perasaan Teja. Perasaan yang jauh dari lubuk hati ini sungguh tenang. Hati ini bagaikan terpujuk dan mungkin juga dengan semangat tahun baru Islam, hati ini bagai memahami bahawa ia perlu untuk "HIJRAH".Tiada lagi ingatan dan kasih rindu pada Panji Alam. Tiada lagi rasa sendu pada dia. Mungkin hati ini sudah terubat. Entah. Yang pasti Teja rasa tenang.


Perjalanan yang indah...kenangan di Penang juga indah.
Hati ini mula menyukai Khiril..mungkin hanya crush...tak tahu. Tapi Teja amat menyenangi lelaki itu..sederhana, kelakar dan selamba. kalau boleh, Teja nak dia sentiasa di sisi untuk menghiburkan hati ini.

Tahun baru masihi 2010---Teja harap akan menemui cinta sejati..kalau mungkin Teja dan Panji Alam memang tidak ditakdirkan bersatu, Teja redha kerana Teja sudah sedaya upaya berusaha namun apalah dayaku..hanya seorang hamba yang lemah..kepada ALLAH jua aku berserah. Dan Khairil, ku harap dia mampu membawa satu dimensi baru dalam hidup ku.

posting 26 december 2009---baru beberapa hari Teja tulis pasal rasa hati pada Panji Alam dan crush pada Khairil..hari nie..rasanya, hamba dengan rendah diri menarik balik kata-kata yang hamba lafazkan itu.

Semalam, Teja seharian di wedding Muzzafar n Nazilah di Wisma Sejarah. Dr petang untuk preparation dewan sampailah ke majlis. Dan sepanjang tempoh itu juga Teja bersama Khairil. Entahlah..rasa "itu" hilang. Dia mungkin kawan yang best untuk hang out tetapi bukanlah pengganti Panji Alam. Jauh. Bagai langit dengan bumi.

Teja keliru....

28 December 2009...

Panji ku sayang, bolehkah ku pinta untuk sekali ini untuk kau tidak menyakiti hati ini..Hatiku bukan pualam yang mampu menangkis setiap asakan kata-kata...

Wednesday, December 9, 2009

Susu Kambing..amalan Rasulullah

Baru-baru nie Teja sakit kepala..rasa berpusing-pusing mcm kena low blood pressure, tapi agak mustahil laa sebab makan minum terjaga elok..hehe. tidur pun ok walaupun kdg2 ada gak terjaga malam2. Lepas tu, Hadi kata maybe ada urat saluran ke otak tersumbat. Kena minum susu kambing, jadi pastu browse kat web nak cari kat mana ada jual susu kambing. Dan barulah Teja tahu, minum susu kambing nie, amalan Rasulullah..


Dari sudut Agama:-Meminum susu kambing ini adalah amalan Sunnah Nabi Muhammad SAW,Diriwayatkan Nabi suka minum susu kambing.Sewaktu Nabi ISRA' MIKRAJ' kelangit,Nabi memilih susu kambing sebagai minuman.Semua Nabi2 dan Rasul2 menjadi pengembala kambing..tentu ada Hikmah dan Fadilat yang besar pada binatang ternakan kambing,malah kambing merupakan binatang yang menjadi keenderaan kita di Syurga nanti.Jadi jika anda beritizam dan beristiqomah menjadikan susu kambing ini sebagai minuman,tentunya kita mempraktikan salah satu Sunnah Rasulallah SAW,disamping itu tentu tinggi khasiatnya.
Tentu sebelum ini kita tidak tahu atau kita tidak perasan bahawa susu kambing ini adalah minuman Sunnah.Kalau kita meminum atau menjual secara tidak langsung kita mengingatkan orang bahawa susu kambing ini adalah minuman Sunnah yang telah ditinggal2kan orang sebagaimana yang diriwayatkan dalam satu hadis dari "Abu Ubaidah bin Atoq"Rasulallah SAW bersabda bermaksud"Kambing merupakan binatang yg penuh Baraqah yg ditinggal2kan orang".Oleh itu kita menghidupkan kembali Sunnah,disamping kita meminum atau menjual secara tidak langsung kita mendapat pahala(Insya Allah).

Dari sudut saintifik:-Susu kambing ini adalah susu terbaik selepas susu ibu,susu lain juga baik untuk minuman cuma ia terbaik selepas susu ibu,kerana ia bersifat ALKALI manakala susu lain bersifat ASIDIK,sebab itu kita tidak jumpa sabun susu lain atau mandian susu lain manakala susu kambing, kita akan temui sabun susu kambing.syampu susu kambing,mandian susu kambing dan bermacam alat solek yang berasaskan susu kambing kerana sifatnya ALKALI maka tidak merosakan kulit manakala susu lain bersifat ASIDIK.
Kalau anda membuka website antarabangsa berhubung kelebihan susu kambing..hampir 100% mengatakan bahawa susu kambing adalah yang terbaik selepas susu ibu,ini adalah fakta yang tidak boleh dinafikan,malah lemaknya sama dgn susu ibu,protinnya sama dgn susu ibu,kandungan airnya sama dgn susu ibu....anda boleh melihat sendiri fakta2 tersebut didalam internet.Kebanyakan Vitamin yang ada dalam susu kambing tiada disusu lain kecuali susu ibu yang terbaik.Kajian yang dilakukan mendapati susu kambing dapat membantu merawat dan mencegah penyakit kronik saperti:-

Gastrik,Migrain,Lelah,Sengugut,Darah Tinggi,Masaalah penyakit kulit,Ulcer,Hepatitis A,Sakit kuning,Radang sendi,lemah tulang,Pemulihan selepas pembedahan,memulih tenaga batin,membantu pembentukan tulang,otot dan gigi dan berbagai lagi (Insha Allah) jika kita yakin dan tawakal.

Susu kambing kaya dengan Protin,Enzim,mineral,Vitamin2 dan berbagai lagi,faktor inilah yang diperlukan dalam kita merawat dan mencegah penyakit(Insya Allah).

Tuesday, November 17, 2009

Tuhan, Ku pinta sedikit kekuatan

Tuhan,

Ku pinta sedikit kekuatan untuk aku meneruskan hidup ini. Untuk aku mengharung segala keperitan dan penderitaan ini. Bukan aku tidak redha di atas segala ujian-Mu, namun aku terlalu lemah untuk menghadapinya.

Sungguh, ujian ini amat sedikit dan tersangat ringan jika dibandingkan dengan apa yang kau beri pada hamba-Mu yang lain, dan teramat kecil jika dibanding dengan segala nikmat yang kau anugerahkan pada diriku. Namun apalah dayaku, iman ku terlalu nipis untuk terus menerimanya.

Tuhan,

Ku ucapkan segala puji kerana menganugerahkan rasa cinta ini, namun Ya Allah, lemahnya aku, kerana kadangkala terkeliru dan rasa dukacita dengan apa yang berlaku. Ya Allah, kau mengetahui apa yang tidak ku ketahui, Kau merancang dengan segala perancangan yang sempurna, Wahai Tuhan Yang Maha Arif, ku pohon dengan rendah hati, berikanlah ketabahan kepada ku untuk menjalani cinta ini.

Jika kau mentakdirkan dia bukan untukku, aku pohon belas ihsan Mu, angkatlah semula rasa cinta yang pernah Kau anugerahkan ini...Namun, jika ia sebaliknya, sekali lagi aku mohon pengertian-Mu, berilah aku kekuatan untuk mengharunginya.

Kau Yang Maha Mengetahui, bukan sedikit airmata ini tumpah kerana dia, dan bukan sedikit hati ini terluka kerana dia. Aku tidak mahu menjadi lemah kerana cinta, tidak jua aku mahu dihinakan kerana cinta. Ya Allah, berilah aku peluang untuk merasa bahagianya cinta sejati.
Didakap insan yang menyayangi ku ikhlas kerana-Mu, dibelai insan yang mencintaiku kerana-Mu dan dibimbing insan yang menerima aku seadanya aku kerana-Mu.

Tuhan Ku Yang Maha Penyayang, aku amat tidak tahu, apakah benar dia yang terbaik? apakah benar dia orangnya. Apa yang aku lakukan kini hanyalah menurut gerak hati ku. Ya Allah, bimbinglah aku mencari jalan yang benar, membuat keputusan yang tepat. Dia ataupun tidak, bukanlah persoalannya,namun maruah yang ku junjung ini tidak akan aku jadikan galang-ganti. Bukan sehari aku menyayanginya, hampir 10 tahun rasa itu bersemi. Tetapi, apakah aku memang ditakdir untuk merasai segala keperitan ini. Menanggung segala penderitaan ini,

Ya Allah, Ku pohon belas ihsan-Mu. Perkenaankan doaku.

Amin..

Tejaputri mohon mengundur diri..

Saturday, November 7, 2009

Teja dan Cinta

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.~ Mahatma Ghandi

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi," Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?". Jawab titis air mata kedua tu," Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja."

Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu Coba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping.Dan hanya dengan mendengar kata "Hai" darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.

Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan karena perginya tanpa berpatah lagi.

Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.

Tuesday, October 6, 2009

A Little Inspiration

People are often unreasonable, illogical, and self-centered;
Forgive them anyway.
If you are kind, people may accuse you of selfish, ulterior motives;
Be kind anyway.
If you are successful, you will win some false friends and some true enemies;
Succeed anyway.
If you are honest and frank, people may cheat you;
Be honest and frank anyway.
What you spend years building, someone could destroy overnight;
Build anyway.
If you find serenity and happiness, they may be jealous;
Be happy anyway.
The good you do today, people will often forget tomorrow;
Do good anyway.
Give the world the best you have, and it may never be enough;
Give the world the best you've got anyway.
You see, in the final analysis, It is between you and God;
It never was between you and them anyway.

Author Unknown

A little Inspiration was quoted from Soraya Jamal facebook page.

Monday, October 5, 2009

Bila Teja kehilangan Tinta

best tak tajuk entry ni? hehe..barulaa Teja tersedar blog nie dah lama tak dikunjungi. Bukan tak ada yang menarik untuk diisi sebaliknya agak sibuk dengan aktiviti harian. di tambah pulak dengan Internet access kat ofis yang cam tak best.

Emm...Teja start dengan kesihatan.

6 Mei 2009- Teja berubat dengan Hadi, rupanya "penyakit lama" masih bersarang dalam diri. Dulu dah berubat dengan Us. Lokman tp rupanya "ia" masih bersembunyi. Sebenarnya, ia adalah permulaan hikmah yang Teja rasakan. Mungkin juga jawapan bagi doa-doa ku selama ini. Teja bersyukur kerana Allah berikan penyakit ini. Kerana ini membuatkan Teja kembali menyusuri jalan-Nya. Jalan yang dah lama Teja lupakan atau yang sengaja Teja buat-buat lupa.

Benar kata bijak pandai, setiap yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi. Dengan penyakit in, Teja mula menginsafi setiap apa tindak-tanduk yang Teja lakukan dulu, malah semakin aku merenung perjalanan hidup ini selama 28 tahun, semakin aku menyedari banyak sekali kesilapan yang telah dilakukan, banyak sekali nikmat yang aku dustakan.

Aku bermula sebagai gadis yang baik, bukan untuk memuji namun pilihan Bonda untuk aku memasuki Sek Men Agama adalah satu tindakan paling tepat. Mungkin Bonda sudah dapat meramalkan apa akan terjadi jika aku tidak mendapat pendidikan agama secukupnya.

Namun, melangkah ke alam universiti, hatiku terpaut pada seorang jejaka yang kukira amat baik. Dan aku amat mencintainya..Dan sehingga itu aku masih kekal sebagai gadis yang masih kuat pegangan agamanya.

Dan janji Tuhan, "Tidak lah seorang hamba itu mengaku mentaatiku sehingga aku mengujinya" (lebih kurang begitu maksudnya), maka Teja pun diuji. Dia menolak cintaku.

Teja yang malang, yang sepanjang tiga tahun menyimpan rasa ini dan sanggup menolak huluran cinta lelaki lain rasa sungguh sedih dan kecewa, dan ketika itu syaitan dan iblis pun menusukkan jarumnya ke dalam hati seorang wanita yang kecewa.

Aku terus lupa pada janji ku untuk menjadi wanita mulia, sesempurna Khadijah, dan sebijak Aisyah.

Aku tanamkan dalam duri untuk terus berubah, melupakan janjiku, melupakan kenangan ku, kerana tika itu aku gagal melupakannya. Justeru, aku harus tinggalkan segala apa yang pernah ku lalui dengan alasan untuk membina hidup baru. Kusematkan dalam hati, bahawa mulai detik aku, Teja yang lama sudah berkubur dan harus bangkit seorang Teja yang baru. Teja yang tabah, Teja yang terbuka dan Teja yang sociable. Teja tidak perlu lagi jadi wanita mulia kerana ini tidak menjamin kamu mendapat lelaki mulia. Dan Teja juga berangan bila sudah jadi devil maka akan datang seorang superhero yang akan menyelamatkannya dan mendidiknya kembali menjadi Angel.

Oh Tuhan, betapa jahilnya aku, hanya kerana seorang lelaki, aku tersasar dari landasan-Mu, terlupa segala nikmat-Mu.. Aku terlupa pergantungan ku sebagai hamba hanyalah pada-Mu Yang Maha Berkuasa.Bukan kepada lelaki.

[[ posting di sambung hari kedua 6/10/09 jam 1230.]]

Yup, dengan penyakit akibat sihir (x sangka lak satu fon call yg aku terima masa aku f4 tu sebenarnya adalah jambatan sihir, ditambah pulak bila aku keja ngan makcik, pompuan tu memang laa kawan baik " Mak Esah"), aku berubat dengan hadi. dan boleh dikatakan inilah turning pointnya.

Turning point kepada kembalinya aku di jalan-Nya. Baru aku sedar bahawa aku sudah banyak tersasar. solat yang selama ini aku abaikan, kini aku gembira bila dapat sujud pada-Nya. Jika selama ini aku berasa sunyi dan keseorangan kini aku merasa DIA sentiasa ada, mendakap dan menemani aku kemana jua aku pergi. Sememangnya DIA sentiasa menemani cuma aku yang pura-pura lupa. Ya ALLAH, ampunkan aku kerana terleka.

Kini aku makin gembira walaupun semakin banyak masalah mendatang. Dari masalah family, carrer, lovelife dan mcm2 lagi, aku kini lebih tabah dan tenang. kerana aku tahu, DIA akan sentiasa memberi petunjuk..

Dan, janjiku juga, "Kali ini walau apapun yang terjadi, biar badai datang melanda, biar bumi bergegar, biar langit runtuh terhempas, tidak aku ingin untuk berpaling dr Yang Maha Kuasa. Hati ku tetap pada-Nya Tuhan Maha Pencipta" AKu mohon wahai Maha Pengampun, ampunkan dosa silamku, berikan lah aku kekuatan dan ketenangan dalam menghadapi ujian-Mu. Sesungguhnya, aku ini insan lemah yang paling hina, aku tidak layak untuk apapun..tetapi aku sentiasa meminta pada-Mu wahai Maha Agung..ampunkan aku.

[[posting pada 23/3/2010]]

Tuhan menjadikan kata-kata ku sebagai dugaan. Benar, aku berjanji kali ini, tiada apa yang mampu menggugat cintaku pada-Nya. Dia yang Maha Memiliki, memberi aku pelbagai derita dan bahagia. Namun demi cinta ku pada-Nya, aku tidak akan mampu berpaling.

Banyak kali hati ini diduga dan sering jua aku meratap dan mempersoal mengapa aku yg dipilih untuk "menikmati" derita ini. Takdir Tuhan tiada siapa yang mampu menolak. Biar seingkali diuji, Iman ku kukuh pada cinta-Nya, aku masih rindu untuk sujud pada-Nya. Menghambur derita ini pada-Nya, berkongsi airmata ini dalam doaku pada-Nya. Dan Dia sentiasa mendengar. Aku percaya dia sedang mendengar. cuma detiknya belum tiba untuk Dia memperkenankan doaku.

Tuhan ku, aku hanya mohon berikan aku kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian dari-Mu. Aku juga memohon dengan sesungguhnya, tunjukkan aku jalan yang benar. Jalan yang kau redhai. Bimbinglah hatiku. kerna aku ini hamba-Mu yang jahil lagi lemah, tak mampu untuk membuat keputusan ku sendiri. tak mampu untuk mengalahkan nafsu ku sendiri. Jauhkan aku Ya Rabbi daripada ditipu oleh hawa nafsu ku sendiri.