Saturday, February 14, 2009

Futsal

Malam tadi Teja main futsal kat D2 futsal di Jalan Foss (dekat dengan bulatan Loke Yew), emm selepas beberapa tahun, diulangi BEBERAPA TAHUN, baru semalam laa kaki nie menyentuh bola tu..tak sangka. macam mimpi pun ada.

Dah lama betul tinggalkan aktiviti futsal nie, first main masa diploma lepas tu ada sekali sekala dengan kawan2 mass com. bila dah start keja langsung tak pernah sentuh bola futsal tu.

Masa main malam tadi teringat kenangan masa kat Dip Mass Comm, rindu tiba-tiba pada kawan-kawan kat sana tapi dah nama pun kenangan..bukannya boleh diputar semula.

Semalam Teja main dengan budak-budak Bernama dan jugak Reen (Awani), dulu Reen senior Teja masa Dip, so mcm reunion jugaklaa. tapi tetap tak sama kan?

Emm...rindunya..

No comments: