Thursday, December 11, 2008

I thought it was just me to know.....

Berangan sikit letak tajuk omputih..bukan apa..rasa mcm senang sikit..emm..malam tadi i had dinner with Farah..dah lama tak jumpa dia, borak-borak..Muz ngan Yugen pun sama. Dah lama aku x jumpa diorg. Lately, aku selalu lepak ngn Jaja and Zarul je.

Ok, let we begin the story, dh borak-borak ngn Farah dan aku pun bgtau yg aku rindu giler ngan Muz and Yugen. Pastu Farah pun pecah laa citer nie:-

Jaja ngan Zarul ada AFFAIR..that's why Muz and Yugen dah tak lepak minum cz diorg menyampah...

Terkejut giler aku, tak sangka apa yang aku nampak dan fikir selama nie menjadi kenyataan, aku ingat aku terlebih observe dan berfikir bukan-bukan. Tetapi kalau semua orang nampak dan berpendapat yang sama..maknanya betul laa.. Plus, dah ada bukti pun..

Ya Allah, terkejut giler aku. Aku faham kalau Zarul yang tergila-gilakan Jaja, tapi yang aku x sanggup bila Jaja yang dah ada Rosli tu yang sama gatal melayan zarul. patutlaa selama nie rajin sangat hantar zarul balik rumahlaa, lepak area umah zarul laa..Entah-entah pernah tido kat umah Zarul..astaghfirullah

Yang buat aku bengang bila diorg menipu kitaorg..nak cover-cover konon. Aku pulak selama nie sangat menghormati kawan-kawan. Tak pernah nak bersangka buruk pada kawan-kawan. Jadi bila Jaja ngn zarul berpegang tangan, bermesra-mesraan, aku ingat hubungan biasa je, close friends. Tetapi mata tak pernah menipu, kalau dah renung-merenung manja sambil tangan tak lepas dari genggaman, apa maknanya tu?

Tetapi atas dasar persahabatan, aku cuba menafikan hubungan terlarang nie. Minda dan hati bagaikan tertutup untuk berfikir bukan-bukan pasal dua rakan ku ini.

Tak sangka..memang betul tak sangka.

Dalam hal ini, aku paling kasihankan Rosli, betapa dia lelaki yang baik dan sabar, sedia menerima Jaja dalam keadaan yang apa pun, ditipu hidup-hidup oleh dua manusia bernafsu binatang nie.

Patutlaa Jaja sengaja cari kesalahan Rosli dan cari pasal dengan dia, rupa-rupanya saje cari jalan untuk jauhkan diri untuk bermesra dengan zarul. Ya Allah, apa taraf perempuan nie? Lebih teruk dari betina.

Dia dok mengata gf rizal, pompuan senang diangkut, suka hati je datang rumah bujang lelaki,tergedik-gedik, tapi apa bezanya dengan dia. In fact, gf rizal, lepak umah bf dia...bukannya umah orang lain. Jaja??

Tunang sendiri tak dipedulikan perasaannya, lepas tu menggatal ngn jantan lain. bukan ke taraf Jaja lebih teruk dpd gf rizal??

Dah lama aku pendam marah aku pada Jaja, suka sangat mengata orang, tapi bila dia buat tak apa pulak. Tapi sekarang memang aku x boleh terima. Aku geli dan jijik bila teringat apa yang dah berlaku.

Malah hormat aku pada Jaja juga dah hilang..ZERO. sebelum nie aku respect bila dia sanggup break off ngan pakcik, azrul dn boboy kerana nak bersama Rosli. Skang? Ngan budak suku masak tu yang ditergila-gilakan. Apalaa nak jadi ngn dunia nie

Zarul pulak tak reti hormat orang. Dah tahu Jaja milik Rosli dan ko sendiri kenal Rosli, tergamak kau merampas. Minat diam-diam sudahla..jgn sampai ada scandal.

Entahlaa..tp Teja amat percaya pada Karma.."What goes around comes around". Satu hari nanti Jaja akan menyesal dan Zarul pula akan mengalami nasib yang sama mcm Rosli. Maybe lebuh teruk. ALLAH Maha Adil.

Buat Rosli, Teja doakan Rosli berjumpa wanita mulia, semulia hati Rosli yang sanggup menyintai dia sepenuh hati. tak mengira apa status, pangkat dan wang ringgit, semoga wanita itu tetap setia menemani Rosli ke akhir hayatnya..

Amin...

CitraTeja is signing off............

No comments: