Thursday, December 4, 2008

Persahabatan...



Persahabatan…
Melalui beberpa fasa persahabatan membuatkan aku kadang kala rimas dan malas hendak memikirkan perihal sahabat.


Jahatkah aku? Atau ini adalah perkara biasa bagi manusia normal? Macam-macam perangai, sifat dan peel selalunya membuatkan aku hilang sabar dan kadang kala mahu mengasingkan diri.
Aku paling menyampah dengan manusia yang selfish. Hanya mementingkan diri dan kehendak sendiri sahaja. Tak pernah mahu bertolak-ansur dan memahami kehendak orang lain.
Rimas!!


Tapi tidak dinafikan juga aku perlukan mereka. Sunyi juga duniaku tanpa gelak tawa mereka.
Juga aku bersyukur dikurniakan rakan paling setia, Farah. Walaupun, agak blur (sori beb,) hehe, tapi dia amat setia. Senang sekali aku lepak ngan dia. Boleh bercerita walaupun selalunya kami mempunyai minat yang berbeza.


Apa jadi dengan Yati dan Eyda?Hmmm…aku rasa aku banyak mengalah. Mereka dah ada kehidupan masing-masing. Kalau mereka nak jumpa aku, pandai2 la cari sendiri.


Aku ibarat sebatang pokok, aku akan tetap setia di sini, tak kemana-mana. Menanti dan terus menanti. Jika terasa rindu untuk bernaung di bawah pokok ini, silalah datang, kerana pokok setia ini akan tetap teguh berdiri di sini.
Menanti….


CitraTeja is signing off..

No comments: