Saturday, February 14, 2009

Futsal

Malam tadi Teja main futsal kat D2 futsal di Jalan Foss (dekat dengan bulatan Loke Yew), emm selepas beberapa tahun, diulangi BEBERAPA TAHUN, baru semalam laa kaki nie menyentuh bola tu..tak sangka. macam mimpi pun ada.

Dah lama betul tinggalkan aktiviti futsal nie, first main masa diploma lepas tu ada sekali sekala dengan kawan2 mass com. bila dah start keja langsung tak pernah sentuh bola futsal tu.

Masa main malam tadi teringat kenangan masa kat Dip Mass Comm, rindu tiba-tiba pada kawan-kawan kat sana tapi dah nama pun kenangan..bukannya boleh diputar semula.

Semalam Teja main dengan budak-budak Bernama dan jugak Reen (Awani), dulu Reen senior Teja masa Dip, so mcm reunion jugaklaa. tapi tetap tak sama kan?

Emm...rindunya..

Saturday, February 7, 2009

Politik yang Busuk

Senario politik Malaysia sekarang makin huru-hara dan boleh dikatakan busuk. Institusi Di Raja yang selama ini dijunjung dan dihormati sudah tidak lagi dipandang tinggi. Malah jika dahulu perkataan " derhaka" amat ditakuti dan dielakkan, tetapi hari ini seorang Menteri Besar @ rakyat jelata mampu mempersembahkan permohonan derhaka pada Sultan yang Bijaksana. apa dah jadi?? Jika kuasa menjadi kiblat maka akal patut dicampak ke tepi.

Kemelut politik Perak menjadi perhatian semua, tak kira di Malaysia atau luar negara. Pelbagai teori diutarakan. Ada yang menyamakan macam filem Troy. Entahlaa, Teja tak tengok pun filem Troy tu. Ada juga cakap ia percaturan akal dan kebijaksanaan Timbalan Perdana Menteri dan Bekas Timbalan Perdana Menteri. Yang nie Teja percaya.

Tetapi Teja percaya percaturan Datuk Seri Najib dan DSAI memang menjadi kali ini, cuma pemenangnya belum tahu. Masih terlalu awal. nampak mcm BN dah menang tapi politik nie mcm2 boleh terjadi.

Pada Teja sendiri, penglibatan Sultan Perak dan Raja Muda amat dialu-alukan disanjung tinggi. Memang nampak macam tiada demokrasi di sini tetapi negara/ negeri sudah tidak mampu untuk mengadakan satu lagi piliharanraya kecil DUN seluruh Perak. Banyak wang RAKYAT yang perlu dibelanjakan, apatah lagi negara sedang menghadapi kemelesetan ekonomi.

Cuma apa yang Teja pelik, kenapa semua ini berlaku? Mengapa semua pihak tidak menumpukan perhatian untuk membangunkan ekonomi negara yang tengah lembap nie. Total export merosot. Perniagaan merudum, investor confidence juga dah semakin berkurangan, kalau tak percaya lihat pada pasaran saham Malaysia ketika ini. Dah beberapa bulan berada di bawah paras psikologi 1000-mata. Bila perkembangan politik tidak memberangsangkan, mcm mana pelabur nak masuk? Mcm mana orang nak berniaga dan mcm mana pula orang yang keja makan gaji kalau perniagaan di tutup? Janganlah hidup dalam denial...Asyik gebang Malaysia negara yang kukuh dari segi ekonomi...tetapi keadaan politik yang terumbang-ambing sekarang mampu menterjemahkan "sesuatu" yang lebih buruk. Mugkin bukan sahaja technical recession, malah Malaysia mungkin mengalami the real recession. Nauzubillah...

Fikir-fikirkanlah..

CitraTeja signing off....

notes: technical recession= When the economy register negative growth for two or more consecutive quarters.