Saturday, January 17, 2009

Hospital Al-Quds dibedil


Pasukan perubatan bertungkus-lumus memindahkan pesakit yang dirawat di Hospital Al-Quds, Bandar Gaza selepas hospital itu terbakar dibedil kereta kebal Israel dengan bom fosforus, kelmarin. – AFP
Kereta kebal rejim Zionis membedil sebuah hospital di bandar Gaza menggunakan peluru meriam mengandungi fosforus putih, menyebabkan hospital itu terbakar.
Presiden Perhimpunan Agung, PBB, Miguel d’Escoto Brockmann membidas keganasan rejim Yahudi berkata, Gaza kini terbakar dan telah dijadikan neraka dunia.
Pergerakan Hamas mencadangkan gencatan senjata selama setahun dengan Israel jika tentera rejim Zionis itu berundur dari Genting Gaza.

Tuesday, January 6, 2009

STOP THE WAR !!!!!

Teja tak pandai nak mengulas mengenai peperangan, namun Teja amat tahu bahawa peperangan adalah perkara yang paling bodoh dan merugikan. Bak kata pepatah Melayu " Yang Menang Jadi Arang, Kalah Jadi Abu". Nak buat apa berperang? Nak mengusai? Kuasa apa? Biarlah mereka dengan kehidupan mereka. Orang Palestin tak kacau pun Israelis. Mengapa mereka diserang? Sebab mereka langgar perjanjian gencatan senjata? Laa, bukan ke Israel yang start dulu. Israel yang kenakan sekatan ekonomi pada rakyat Palestin, abis tu mereka nak makan apa? Anak-anak mereka lapar, mereka kebulur, mereka sakit. Sakit di badan kita nampak, tetapi mereka juga sakit di hati. Mental dan fizikal mereka diseksa. Mereka tertindas dan ini adalah penangan rakyat teraniaya. Malah, apa yang rakyat Palestin buat? Mereka takde apa2. Israel laknatullah tu lainla, ada banyak senjata canggih, ada banyak duit sebab Amerika duk bagi tak henti2. Tak sedar, US tu dah bankrap.!! Entahlaa, Teja hanya mampu berdoa pada Yang Maha Esa, agar seluruh rakyat Palestin diberi kekuatan, keampuhan bagai Mujahiddin. Mereka mungkin bukan berlawan pakai senjata, tetapi mereka lawan menggunakan Iman. Teja kat Malaysia nie, akan mula boikot barangan Amerika. Takpelah, tak laparla kalau x makan McD, tak haus kalau x minum coke.takpe. makan nasi campur dengan limau ais pun sedap jugak.

Okla, Teja sebenarnya nak share our beloved TDM's view pasal hal nie, tapi rumah Teja takde scanner, versi utusan online lak, quote sikit je, maybe pembaca boleh pegi kat Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp.

ni pandangan TDM dalam Mingguan Malaysia dated 4 January 2008

title: Boikot secara terancang

Tun Dr. Mahathir Mohamad, Pengerusi Yayasan Anti Peperangan Kuala Lumpur.
Palestin kembali bermandi darah. Serangan Israel menjelang sambutan Maal Hijrah sehingga semalam telah mengorbankan lebih 400 orang penduduk Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak.
Masyarakat dunia khususnya dunia Islam mengutuk tindakan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis itu. Dan seperti lagu lama, Amerika Syarikat (AS) sebagai penyokong setia Israel mempertahankan serangan tersebut sebagai tindakan membalas penentangan pejuang Hamas.
Fakta bahawa penentangan Hamas adalah tindakan membela diri akibat penindasan Israel, sekatan ekonomi yang menyebabkan 500,000 anak Palestin kebuluran diketepikan.
Dalam pertemuan dengan wartawan Mingguan Malaysia, MARHAINI KAMARUDIN dan HATA WAHARI serta jurugambar, AZALEZAH ABD. MALEK bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi Yayasan Anti Peperangan Kuala Lumpur menghuraikan lebih lanjut konflik tersebut.
Beliau juga secara tegas menggesa supaya rakyat negara ini memboikot AS termasuk tidak menggunakan mata wang dolar bagi melemahkan ekonomi negara kuasa besar itu yang menjadi sekutu Israel. Dr. Mahathir juga memberi pandangannya berhubung kesan akibat konflik terbaru tersebut.

Dari Kerana Mata..

Tika mata memandang
Saat hati berbisik
Ada lafaz tak terucap
Ada hasrat tak terungkap

Bicaralah,
Bicaralah,
Bicaralah,

Agar segala yang tersimpul itu terungkai
Agar segala yang terpendam itu tertimbul
Agar segala rahsia itu terhebah

Bicaralah
Bicaralah
Bicaralah

Kerana suaramu itu adalah bukti cintaku

Saturday, January 3, 2009

RECAP 2008- Setahun Tanpa Cinta

Emm hari nie Januari 3, 2009 tapi aku baru nak wat recap, camno tuh..heheh, bz giler ngn stories and recap economy 2008.

Well, here we go...

January 2008--Aku dah start keja about one month dgn leader holidays after 24-hours resigned off my 3 years work with RTM. (tertangguh sejam, kena wat story jap)emm.. ok let's continue.
Dah keja kat leaders aku rasa mcm x best sangat, rasa kosong tapi i keep challenge myself. I know I can do it. plus, kak yan and my colleagues said, i did quite ok so far. So, xpelah, teruskan jelah.

Pasal love and relationship pulak, aku selalu jugak dinner dgn Khairul and out of nowhere, dia cakap dia nak bertunang dengan pompuan pilihan family dia. Ya Allah, mcm nak pecah kepala otak aku dengar. Dan, dengan sabarnya, aku cakap "ALHAMDULILLAH" apa lagi yang boleh aku cakap. Sedih? Lebih dari sedih aku rasakan. Entahla, life must go on.

Feb 2008--Dah rasa malas nak keja, aku rasa memang langsung tak boleh buat, tak pernah close deal lagi. tapi aku banyak potential client yang besar2. Tapi kak yan banyak janjikan mcm2, I mean dari segi insentif dan lain2. Tapi, entahlaa...hidup mesti diteruskan.

Mac 2008---Nothing much..but Khairul was engaged. Hmm..it was election day on 8th. and me, was first time balloting. heheh,,rasa dah dewasa laks.

April 2008-----aku hadiahkan bonda dengan berita aku letak jawatan. notis 30 hari sebagai hadiah harijadi nya. dan bonda, amat sabar dan terus menyokong. Terima kasih, tiada manusia dalam dunia ini boleh mengganti malah setaraf dengan mu bonda. At the same time, aku job hunting ngn kawan segila ngn aku Zilla..heheh

Mei 2008-----Pertama kali hidup sebagai penganggur. Seronok jugak. abiskan masa ngan family, pegi jalan2 kat terengganu, pg Ser tunang kat rembau, emm, ulang alik balik kl g interview Bernama dan Sinar Harian. Bernama panggil keja, start 2/6

End of May or lebih tepat 29 May, Khairul akad nikah dan aku pulak pegi KL konon2 nak anta mak ndak g umrah and suddenly, my car was brokedown. overheated. Sebabnya? aku lupa tutup rapat akunye radiotor cap. Sebabnya lagi? Fikiran aku melayang dan tak jejak ke bumi bila mengenangkan Khairul dah kawin.. Malang bertimpa. Sudah jatuh ditimpa tangga.

June 2008---Start keja with Bernama. Sebab kenangkan emak dan Kak Hawa, aku terus bertahan. Kalau tak, first week aku dah berambus. Bosan gile keja kat sini.

July 2008---nothing much..Life as usual. Lonely and bore were my best frens.

August 2008---Again, nothing much. Except for it was my birthday month. Thx to all my frens coz organized my or to be exact Leonians birthday party.

September 2008---Ramadhan came on the 1st day. off to Bali on 14th. We're there for four days and it was awesome. I love Bali so much

October 2008----Aidilfitri. And the best part was, I don't have to worry about hari raya holidays coz automatically i got leaves on Hari Raya. Spent Hari raya with family.

November 2008----Reunion DipKomed. Emm..rasa malas sangat nak pegi tapi sebab dah jadi comittee, terpaksa jugak gagahkan diri. Tak tahu nak berdepan dengan kawan-kawan especially Hadi, dan yang paling utama, aku malas nak mengimbas kenangan masa diploma. Sebab ia adalah kenangan pailng manis dalam hidup dan sekaligus ia juga adalah pengalaman paling pahit.

Well, 7-11, we're off to Bandung. Bercuti lagi. Best jugak tapi tak seikhlas rasa. (pls refer my prior posting: Persahabatan)

Then December came:------Mcm biasa and you can read to my prior posts which dated in December


See...my life for the whole year was so boring.. Apa yang menarik? No love, no feeling. I hate myself!!!!

Friday, January 2, 2009

Happy New Year 2009..my resolutions

1. To be a good muslim

2. to be a good daughter

3. to be a good friend

4. to get married before end of 2009

Amin