Tuesday, January 6, 2009

STOP THE WAR !!!!!

Teja tak pandai nak mengulas mengenai peperangan, namun Teja amat tahu bahawa peperangan adalah perkara yang paling bodoh dan merugikan. Bak kata pepatah Melayu " Yang Menang Jadi Arang, Kalah Jadi Abu". Nak buat apa berperang? Nak mengusai? Kuasa apa? Biarlah mereka dengan kehidupan mereka. Orang Palestin tak kacau pun Israelis. Mengapa mereka diserang? Sebab mereka langgar perjanjian gencatan senjata? Laa, bukan ke Israel yang start dulu. Israel yang kenakan sekatan ekonomi pada rakyat Palestin, abis tu mereka nak makan apa? Anak-anak mereka lapar, mereka kebulur, mereka sakit. Sakit di badan kita nampak, tetapi mereka juga sakit di hati. Mental dan fizikal mereka diseksa. Mereka tertindas dan ini adalah penangan rakyat teraniaya. Malah, apa yang rakyat Palestin buat? Mereka takde apa2. Israel laknatullah tu lainla, ada banyak senjata canggih, ada banyak duit sebab Amerika duk bagi tak henti2. Tak sedar, US tu dah bankrap.!! Entahlaa, Teja hanya mampu berdoa pada Yang Maha Esa, agar seluruh rakyat Palestin diberi kekuatan, keampuhan bagai Mujahiddin. Mereka mungkin bukan berlawan pakai senjata, tetapi mereka lawan menggunakan Iman. Teja kat Malaysia nie, akan mula boikot barangan Amerika. Takpelah, tak laparla kalau x makan McD, tak haus kalau x minum coke.takpe. makan nasi campur dengan limau ais pun sedap jugak.

Okla, Teja sebenarnya nak share our beloved TDM's view pasal hal nie, tapi rumah Teja takde scanner, versi utusan online lak, quote sikit je, maybe pembaca boleh pegi kat Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp.

ni pandangan TDM dalam Mingguan Malaysia dated 4 January 2008

title: Boikot secara terancang

Tun Dr. Mahathir Mohamad, Pengerusi Yayasan Anti Peperangan Kuala Lumpur.
Palestin kembali bermandi darah. Serangan Israel menjelang sambutan Maal Hijrah sehingga semalam telah mengorbankan lebih 400 orang penduduk Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak.
Masyarakat dunia khususnya dunia Islam mengutuk tindakan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis itu. Dan seperti lagu lama, Amerika Syarikat (AS) sebagai penyokong setia Israel mempertahankan serangan tersebut sebagai tindakan membalas penentangan pejuang Hamas.
Fakta bahawa penentangan Hamas adalah tindakan membela diri akibat penindasan Israel, sekatan ekonomi yang menyebabkan 500,000 anak Palestin kebuluran diketepikan.
Dalam pertemuan dengan wartawan Mingguan Malaysia, MARHAINI KAMARUDIN dan HATA WAHARI serta jurugambar, AZALEZAH ABD. MALEK bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi Yayasan Anti Peperangan Kuala Lumpur menghuraikan lebih lanjut konflik tersebut.
Beliau juga secara tegas menggesa supaya rakyat negara ini memboikot AS termasuk tidak menggunakan mata wang dolar bagi melemahkan ekonomi negara kuasa besar itu yang menjadi sekutu Israel. Dr. Mahathir juga memberi pandangannya berhubung kesan akibat konflik terbaru tersebut.

No comments: