Sunday, February 12, 2012

Terungkai sudah

120212

Sungguh aku tertipu dgn hati sendiri, terpedaya dengan alasan " malaikat" seorang lelaki. Jika 12 tahun lalu kau memberi alasan bahawa hatimu sudah terisi, mungkin aku tidak akan mengharap....bagaikan mengharap hujan di gurun sahara. Mungkin jua pada saat itu aku bisa memujuk hati untuk melangkah pergi tanpa perlu menoleh kebelakang lagi.

Tetapi si malaikat yang ku puja- puja ini, menggunakan alasan tanggung jawab berat yang dipikulnya, bercerita mengenai perjalanan panjangnya yang masih kabur destinasinya. Aduhai hati, kasihan padamu, tertipu! Kasih dan cinta padanya sia-sia, percuma! Pada setiap ketika kau berdoa pada Tuhan, agar diringankan bebannya, supaya dia terasa senang dan mampu memusing bahunya yang berat itu untuk merasai kehangatan cintamu. Sedangkan...

Hakikatnya, dia mengejar wanita lain, menanti serikandi cintanya, gadis yang memberi harapan kabur padanya. 12 tahun episod kejar-mengejar ini berlaku tanpa kau sedari sehingga kadangkala kau lelah, namun kerana yakin bahawa tanggung jawabnya itu menghalang cintamu dan dia untuk bersatu, kau bangkit semula. Menghantar cahayamu tanpa jemu, tanpa diketahuinya dengan ikhlas, dengan penuh kasih sayang.

Kalaulah, ku tahu dari awal bahawa itu semua hanyalah alasan untuk melindungi kelemahan, pastinya aku tidak sekuat ini, hatiku tidak sekebal ini kerana mengirim cahaya dari jauh, mengirim doa yang tidak pernah putus bukanlah satu tugas ringan, bukan sesuatu yang suka-suka.

Wahai si malaikat, apalah salahnya jika dari dulu kau mengaku bahawa hatimu telah dimiliki, kau hanya menghitung hari untuk si perawan pujaan menyambut cintamu, pastinya hatiku tidak parah. Pastinya hatiku sudah lepas bebas dari dulu.

Benar, kau tidak mempermainkan hatiku, kau tidak minta aku menunggumu tetapi mengertikah dikau, kasih sayang ini lahir dari hati yang tulus mencintaimu. Yang mahu melihat kau bahagia dan tidak susah. Aku benar - benar percaya setiap kata-katamu, percaya bahawa kau memikul bebanan yang teramat berat, pundakmu bagaikan mahu roboh memikul tanggung jawab yang diamanahkan sehingga tidak mampu memikir tentang cinta. Dan sebagai seoang gadis naif, aku sedia menanti selama 12 tahun tanpa jemu, tanpa putus asa, berdoa ke hadrat Ilahi agar bebanan yang kau pikul itu ringan dan kau jua akhirnya mencapai nikmat cinta. Sedangkan....

Kau sedang menikmatinya sekarang. Mengecap kemanisan cinta dari pujaan hatimu dan aku pula terduduk malu, tertipu. Kalaulah...

Kalaulah dari dulu kau tidak berselindung dan menggunakan alasan-alasan malaikat, pastinya aku juga sepertimu, sedang menikmati musim-musim bunga yang indah bersama pasanganku, yang benar-benar mencintaiku tanpa alasan.

Pastinya sudah lama ku buka hatiku untuk arjuna lain, panglima hatiku. Yang akan berjuang dengan nama Tuhan untuk mencintaiku kerana-Nya. Tidakkah kau malu wahai lelaki bertopeng malaikat?

Menggunakan amanah Tuhan sebagai alasan untuk menolak cinta seorang gadis naif?

Wahai lelaki bertopengkan malaikat, benar, gadis ini naif tetapi dia dikurniakan Tuhannya dengan akal dan fkiran yang bijak dan waras, apa perlunya dia mengharap hati seorang lelaki yang sudah terisi?

Apa perlunya untuk gadis ini berperang dengan wanita lain untuk menjuarai hati seorang lelaki? Oh lelaki bertopengkan malaikat, kau kalah besar kali ini. Wanita yang kau puja memberi harapan kabur padamu, sedangkan gadis naif yang mencintaimu sepenuh hati selama ini sedang memandang kau sebagai pengecut!!

Apa guna bernama perwira jika takut berkata benar? Apatah pula, lawanmu ini hanyalah seorang gadis kampung yang naif, terpikat hatinya, di saat terlihat kau sedang khusyuk berbicara dengan Tuhan, tanpa dia tahu apa nama mu, apa pangkat dan gelaranmu. Seikhlas hati dia mencintaimu, tetapi kau pengecut! Katakan benar walaupun pahit! Tetapi kau memilih untuk menutur kata-kata bohong yang kedengaran suci, berselindung di sebalik wajah seorang malaikat. Aduhai..kasihan aku melihat kamu, semoga pada suatu hari nanti kau memiliki hati seorang panglima yang sejati untuk membuat keputusan mengenai gadis pujaanmu yang memberi harapan kabur itu.

Gadis kampung yang naif ini dengan berani walaupun dia bukanlah seorang serikandi, mengundur diri. Bukan aku untuk berselindung di sebalik kebenaran. Yang benar, aku lafazkan, seperti mana yang pernah aku nyatakan padamu bahawa aku amat mencintaimui. Dan yang batil, tetap ku katakan batil. Biarlah dikata apa sahaja, yang pasti, aku tidak suka meminjam watak malaikat demi untuk mempertontonkan kepada dunia betapa hebatnya diriku seperti mana yang kau lakukan. You're loser! Shame on you! You lost big time! Sedeyhhh!!!