Saturday, April 25, 2009

Pesta Buku dan Kenangan


Teja ke Pesta Buku Antarabangsa KL 2009,khamis lalu di PWTC dan disebabkan belum ada gaji jadi takdelaa Teja betul-betul "berpesta".

Emm buku..memang salah satu daripada terapi jiwa dan minda buatku, malah Teja rasa ia berada di ranking teratas berbanding SPA, movie dan shopping (in a sense of shopping buku, yes but clothes, shoes, not so la). Ok, yg membuatkan entry ini adalah Pesta Buku dan Kenangan adalah kerana melangkah ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur Khamis lalu mengimbau kenangan zaman kanak-kanak Teja dengan Bonda.

Bonda, wanita itu amat tabah dan berwawasan walaupun dia sendiri tidak bersekolah tinggi. Ilmu agamanya juga jitu justeru Bonda amat membenci pesta kecuali pesta buku. Baginya, pesta, party dan apa-apa jua perkataan yang seangkatannya adalah lambang hedonisme dan wajib dijauhi. Kerana mendekatinya ibarat menjauhi Tuhan Yang Satu (Nauzubillah).

Namun, Pesta Buku berbeza pd pandangan Bonda. Baginya, Pesta Buku adalah Pesta Ilmu, tempat ilmuan berkumpul, tempat segala ilmu dihimpun dan tempat untuk pencintanya datang mencari. Justeru, bonda tak teragak-agak menemani aku ke Pesta Buku (kecil-kecilan) di Temerloh.

Tetapi pada masa itu, agak menyedihkan aku kerana Bonda hanya mahu aku membeli buku-buku pelajaran sedangkan aku amat meminati novel dan buku cerita. Kata bonda, novel dan buku cerita tak berfaedah. Mungkin benar kata bonda. Walaupun semakin usia menginjak dewasa banyak juga novel berfaedah yang telah ku baca, namun waktu itu, aku tidak membantah. Mengiyakan saja apa yang bonda kata dan aku hanya memilih buku-buku pelajaran, dan bonda dengan senang hati membayarnya.

Ya, semakin usia menokok, semakin banyak pengalaman kukutip. Dan sekarang aku sedar mengapa bonda begitu. Kerana bonda sangat menghargai wang. bonda tak mahu setiap sen duitnya dibuang dan dibazirkan. Oleh itu, bonda amat menitik beratkan apa yang perlu ada dan apa yang tak perlu. Pada fikiran bonda, buku-buku pelajaran lebih penting dan dengan gaji bodan yang terhad, bonda tak mahu aku membazir. Tetapi dengan gaji bonda yang terhad, bonda tak pernah kedekut untuk aku dan adik-adik membeli buku-buku sekolah. Bonda, terima kasih.

Emm..melangkah ke Pesta Buku, aku terkenangkan bonda. walaupun hari ini aku mampu menggengam gaji sendiri..membelanjakan sesuka hati..bercuti ke mana sahaja..membeli apa jua barang yang aku mahu, bukan setakat novel-novel picisan malah dengan gajiku aku mampu membeli buku-buku ilmiah yang lebih mahal. Namun kenangan di Pesta Buku dengan Bonda tak mampu dijual. Ironinya, bonda pencinta ilmu, bonda wanita yang bijak. Lebih bijak dari anak-anaknya yang memijak tangga menara gading. Bonda yang berbaju kurung dan bertudung labuh lebih bijak daripada anak-anaknya yang menyarung jubah konvokesyen dan menggegam skroll. kerana bonda adalah bijaksana yang lahir daripada pengalaman. Pengalaman dan kesusahan teman setianya telah mengubah wanita itu memahami kehidupan dan menjalani kehidupan yang berliku dengan tenang. Tidak seperti anaknya, yang menjadikan wang sebagai ubat mujarab. Bonda kupohon kekuatan dan kebijaksanaan mu untuk terus mengharungi kehidupan ini.

Pesta Buku dan Kenangan...aku bernokhtah di sini..