Entah bagaimana untuk aku mulakan entry ini. Tafakur seketika selepas solat tadi membuatkan aku rasa untuk mencoret sesuatu di blog ini. Untuk kekal sebagai ingatan di ketika aku lupa nanti.
Baiklah, aku selalu lupa bahawa aku tidak patut mencintai manusia melebihi aku mencintai Tuhan. Setelah melalui "jalan" ini aku semakin sedar tentang " alamat-alamat" yang diberi-Nya. Ingatan yang diberikan berkali-kali membuat aku tersentak dan kembali merenung diri. Benar, dia lelaki yang paling aku sayang. Lelaki yang sudah lama bertapak di hati ini walaupun pelbagai cara untuk aku melupakan namun aku masih gagal. Dan dia memang adalah ANUGERAH sekaligus UJIAN kepada aku. Si Maha Pencinta mungkin mahu menguji cintaku pada-Nya. Hasilnya, aku GAGAL.
Aku sangat takut melepaskan lelaki ini...Benar, aku kononnya mencuba..tetapi tidak kuletakkan usaha itu 100 peratus. Aku GAGAL! dan DIA yang Maha Menyayangi masih belum menghukum aku. Masih memberi aku yang GAGAL ini ruang dan peluang untuk aku terus berusaha memperbaiki diri. Untuk aku terus meningkatkan cinta pada pemilik yang Hakiki. Mana mungkin aku mencintai seorang hamba yang lain melebihi daripada Pemilik cinta yang Hakiki.
Aku alpa...aku lalai....Aku mohon ampun Ya Tuhan...Bantulah aku untuk aku terus mencintai-Mu..untuk aku terus berada di dakap-Mu..Jangan Kau biarkan hati ini terhanyut oleh perasaan.
Aku lupa dunia yang Fana ini adalah taman indah untuk mereka yang lalai...manakala hanya tempat persinggahan sementara bagi yang bertaqwa. Di mana aku? selama ini aku menggangap aku perlukan keindahan dunia untuk meneruskan perjalananku ke akhirat. Teja sayang, minyak dan air takkan bercampur. Mana mungkin keindahan dunia yang penuh tipu daya ini tidak akan melalaikan aku menuju destinasi akhirat?
Aku punya banyak tugas di dunia ini..banyak tanggungjawab yang aku abaikan atau sekurang-kurangnya ku tangguhkan. Tanggung jawab sebagai anak, sebagai kakak, sebagai pekerja, dan yang penting, aku lupa tanggungjawab aku dan janji aku pada Tuhan semasa aku dilahirkan; untuk aku menjadi Khalifah-Nya?
Di mana tempatku nanti? Allah aku bimbang tidak sempat menyempurnakan amanah yang Kau berikan. Bagaimana? Apakah aku punya waktu yang cukup untuk menjadi anak yang soleh? apakah aku punya waktu untuk menjadi pembimbing adik-adik ku? Mengapa aku tidak sedar semua ini.??
Ya ALLAH, Bantulah aku untuk bangkit semula dan terus mencintai-Mu...
Thursday, June 17, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment